Sunday, March 20, 2016
LEMON COCONUT LOAF
LEMON COCONUT LOAF
(8 inci x 4 inci)
sumber : fizalgk...
Bahan-Bahan :
1 cawan gula kastor
1/2 cawan mentega
2 biji telur gred A/B
1 biji lemon (disagat kulit & diperah ambil jusnya)
1 1/2 cawan tepung gandum *
1 sudu teh baking powder *
1/4 sudu teh garam * (* diayak bersama)
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan kelapa kering
Bahan Glaze/Topping : (kacau sehingga pekat)
3/4 cawan gula aising - ayak
2 sudu besar jus lemon atau lebih ikut keperluan
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 175'C dan griskan loyang dengan mentega dan dialas/lapik dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Di dalam mangkuk pengadun, pukul gula dan mentega sehingga gebu dan masukkan telur satu persatu sambil dipukul. Tuangkan jus lemon dan parutan kulitnya ke dalam adunan, pukul sebati.
3. Masukkan tepung (* bahan yang diayak) sedikit demi sedikit berselang-seli dengan susu segar, pukul sebentar. Akhir sekali masukkan kelapa kering dan kaupbalik sehingga rata dan sebati menggunakan spatula.
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang disediakan. Taburkan dengan sedikit almond keping di atasnya jika suka. Bakar selama 60-65 minit sehingga masak, bergantung kepada kepanasan oven masing-masing.
5. Setelah kek sejuk, hiaskan dengan glaze (topping) lemon iaitu dengan memasukkan topping ke dalam piping bag. Kemudian picitkan ke atas kek dan taburkan dengan kelapa kering ke atas topping tersebut.
Labels:
Kek
NOZZLE (RUSSIAN TIPS) YANG SEDANG "HOT" DI PASARAN SEKARANG NI!!!!!!
Sangat mudah menggunakannya terutama bagi mereka yang tiada kemahiran untuk membuat bunga ros buttercream..
Nozzle (Russian Tips) yang sedang hangat dipasaran. Sekarang ni mudah dibeli di kedai bakery dengan harga RM7.95 untuk satu nozzle. Boleh di dapati di Bake With Yen..
Labels:
Gadget
Friday, March 18, 2016
Pelbagai Tempahan@Persiapan Untuk Majlis Pertunangan...
Coklat Cupcake with Buttercream Frosting
Puding Roti Pelangi
Puding Roti Marble
Chocolate Chip Cookies
Agar-Agar Kering
Pelbagai tempahan@persiapan untuk majlis pertunangan anak besan saya yang akan
berlangsung pada hari Sabtu (19/3/2016) di Subang Jaya. Ini saja yang dapat saya sumbangkan
tenaga untuk menyiapkan serba sedikit untuk majlisnya. Harap mereka berpuas hati dan terima kasih diucapkan di atas kekurangan ini...
Labels:
Tempahan
BUTTERCREAM@FROSTING...
BUTTERCREAM@FROSTING (A keeper)
sumber : FB/Grup MAHN : Darlila Razali ; terbaik...
Bahan-Bahan : (untuk bunga)
500 gm shortening@lemak sayuran
100 gm krimwell
400 gm gula icing - diayak
1-2 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar susu pekat manis
Pewarna pilihan
Cara-Cara :
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk pengadun, pukul sehingga gebu. (Bila rasa buttercream masih tidak tegap untuk buat bunga...boleh tambah lagi gula icing sedikit demi sedikit dan pukul sehingga mendapat icing yang tegap). Kemudian asingkan mengikut warna yang diingini...
Labels:
Buttercream@frosting
Wednesday, March 16, 2016
AGAR-AGAR SANTAN
AGAR-AGAR SANTAN
sumber : Chef Hanieliza...
Bahan-Bahan :
10 gm serbuk agar-agar (1 paket)
1 liter air (5 cawan)
1 cawan gula merah
3/4 cawan gulapasir
2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
1 biji telur gred A/B
Cara Membuat :
1. Masakkan serbuk agar-agar dengan air sehingga mendidih.
2. Masukkan gula merah dan gula pasir. Biarkan mendidih sekali lagi.
3. Gaulkan telur dan santan sehingga sebati kemudian tapiskan.
4. Masukkan santan ke dalam agar-agar tadi dan kacau. Biarkan mendidih sehingga kelihatan berbintil menggunakan api sederhana kecil. Pastikan sentiasa dikacau agar ia tidak melimpah keluar.
5. Angkat adunan dan tuangkan ke dalam acuan pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu.
6. Sejuk dan potongkan semasa menghidang...
Labels:
Puding
Subscribe to:
Posts (Atom)