Monday, May 29, 2017
IKAN SARDIN BERLADA...
IKAN SARDIN BERLADA
rujukan : RASA Sisipan Oktober 2016...
Bahan-Bahan :
4 ekor ikan sardin/selayang - bersihkan, lumur garam & kunyit
1 biji bawang besar
7 biji cili merah
7 biji cili padi
2 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
1 biji tomato
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Cara Memasak :
1. Kisar cili merah, bawang putih, buah tomato, bawang besar, bawang merah dan cili padi. Ketepikan.
2. Goreng ikan yang telah dilumur dengan garam dan kunyit tadi sehingga sedikit garing, angkat dan ketepikan.
3. Tinggalkan minyak sedikit dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga garing dan pecah minyak.
4. Kemudian, angkat dan tuangkan kuah/sambal di atas ikan, sedia dihidangkan...
Labels:
Ikan
TUMIS SUHUN PETOLA...
TUMIS SUHUN PETOLA
rujukan : RASA Mei 2016...
Bahan-Bahan :
250 gm petola - buang kulit ari & hiris bulat (anggaran 1 batang saiz sederhana)
100 gm suhun - direndam (anggaran 1 paket kecil)
1 sudu teh udang kering (saya guna ikan bilis)
3 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 cm halia muda - dihiris
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam secukupnya
Air secukupnya
Sedikit minyak masak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering hingga berbau wangi.
2. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
3. Masukkan serbuk pati ayam dan garam secukupnya.
4. Kemudian masukkan pula petola dan suhun.
5. Selepas dua atau tiga minit, tutup api dan hidangkan panas-panas...
Labels:
Sayur
Sunday, May 28, 2017
RESIPI PUTERI AYU...
RESIPI PUTERI AYU
rujukan : Azie Kitchen...
Bahan-Bahan : (17 biji)
1 biji telur gred A (jika guna B = 2 biji)
80 gm gula kastor
80 ml pati santan
1/2 sudu teh pes pandan
1/2 sudu teh ovallate
90 gm tepung gandum *
1/2 sudu besar tepung ubi * (* disatukan & diayak)
Gaul rata :
1 cawan kelapa parut putih
1 sudu besar tepung jagung
1/4 sudu teh garam halus
Cara-Cara :
1. Sapu rata acuan kuih puteri ayu dengan sedikit minyak masak kemudian masukkan 1 sudu teh parutan kelapa dan tekan sampai padat. Ketepikan.
2. Putar gula dan ovallate sehingga rata. Masukkan telur dan putar sehingga kembang. Masukkan pes pandan dan gaul rata. Perlahankan speed mixer, masukkan tepung berselang-seli dengan santan sehingga habis. Gaul sehingga sebati dengan spatula.
3. Sudukan ke dalam acuan yang telah diisikan dengan kelapa tadi. (saya masukkan adunan ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam acuan yang telah diisikan kelapa). Kukus di atas air mendidih selama 15 minit menggunakan api sederhana besar. (Kukusan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu). Angkat, sejukkan sebentar dan keluarkan kuih dari acuan. Sedia dihidangkan...
Labels:
Kuih-muih
RESIPI AYAM BUTTERMILK...
RESIPI AYAM BUTTERMILK
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam - potong kecil-kecil
4 sudu besar mentega
1/2 biji bawang besar Holland atau bawang besar biasa - potong dadu
3 ulas bawang putih - cincang halus
1 sudu besar cili merah - cincang
2 biji cili padi - cincang
2 pelepah daun kari
2 keping cheese cheddar
230 ml susu cair - ikut kepekatan disukai
Sedikit serbuk perasa pati ayam Knorr - optional
Garam & gula secukupnya
Serbuk lada hitam
Bahan Perap :
1 sudu teh garam
1/2 sudu besar gula
2 sudu teh serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Cara Memasak :
1. Perapkan ayam dengan bahan perap selama 1 jam atau lebih. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan kuali dengan mentega hingga cair dan tumiskan bawang putih, cili merah, cili padi dan daun kari sehingga naik bau.
3. Masukkan susu cair dan bawang besar dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula cheese cheddar. Masukkan serbuk perasa pati ayam Knorr, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan ayam yang digoreng tadi dan masak seketika kerana tepung yang ditabur pada ayam akan memekatkan kuahnya. Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula.
Labels:
Ayam
BUBUR KACANG HIJAU DENGAN DURIAN...
BUBUR KACANG HIJAU DENGAN DURIAN
rujukan : Azie Kitchen...
Bahan-Bahan :
3 cawan kacang hijau
1 1/2 keping gula melaka
1 1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan - disimpul
2 cawan air
2 cawan santan
4-5 ulas durian
Garam secukupnya
Cara-Cara :
1. Di dalam kuali, goreng kacang hijau tanpa minyak dalam 4 minit. Kemudian tutup api dan masukkan air untuk direndam dalam 1 jam, bilas dan toskan.
2. Dalam periuk sederhana, didihkan air bersama gula pasir, gula melaka dan daun pandan dengan api perlahan. Kacau sehingga semua gula larut dan kemudian tapiskan.
3. Di dalam periuk lain, rebus kacang hijau yang ditoskan tadi sehingga kembang dan empuk. Kalau suka, masukkan sagu mata ikan (anggaran 1/2 cawan atau ikut suka banyak yang disukai).
4. Masukkan pula cairan gula yang ditapis tadi dan isi durian. Kacau rata dalam 10 minit dengan api perlahan.
5. Masukkan santan dan kacau lagi sehingga sebati dalam 5 minit sahaja supaya santan tidak pecah minyak. Rasa kemanisannya dan tutup api.
6. Sedia dihidangkan...
Labels:
Bubur
Subscribe to:
Posts (Atom)