Thursday, February 22, 2018
KACANG PANJANG GORENG TELUR...
KACANG PANJANG GORENG TELUR
rujukan : KongsiResipi.com...
Bahan-Bahan :
12 batang kacang panjang ~ dipotong pendek-pendek anggaran 3 cm
2 biji cili merah ~ dipotong menyerong
1 biji bawang besar ~ dihiris
7 ulas bawang putih ~ dimayang halus/dicincang
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk kari (saya guna serbuk kari ikan Adabi)
Sedikit serbuk pati ayam Knorr
Minyak secukupnya anggaran 3 sudu besar
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih yang dicincang halus hingga kekuningan. Kemudian tolakkan ke tepi kuali.
2. Masukkan telur, kacau hingga hancur dan biarkan sebati dengan bawang putih. Letakkan sedikit serbuk kari ikan dan kacau hingga rata.
3. Masukkan kacang panjang, hirisan bawang besar, cili merah serta masukkan serbuk pati ayam Knorr. Kacau rata dan sebati. Masukkan sedikit air jika ianya terlalu kering.
4. Masak hingga sayur sedikit lembut. Sesuaikan rasanya, tutup api dan sedia dihidangkan...
Labels:
Sayur
SPA!!!!
21/2/2018 (Rabu) Pergi SPA di Bandar Baru Bangi,
spa di taja oleh anakanda AJ untuk ibunya, terima kasih anakanda ku...
Labels:
Album Famili
Wednesday, February 21, 2018
BISKUT FAMOUS AMOS...
RESEPI BISKUT FAMOUS AMOS
rujukan : Azie Kitchen...
Bahan A :
1/4 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (125 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu besar susu segar atau susu tepung
1/2 sudu teh esen vanilla
Bahan B :
2 cawan tepung gandum *
1 sudu besar serbuk koko *
1 sudu besar tepung jagung *
1/2 sudu teh cream of tartar *
1/2 sudu teh soda bikarbonate * ( * diayak )
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (bakar sekejap)
1 cawan semisweet chocolate chips
Cara-Cara :
1. Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk.
2. Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbonate dan serbuk cream of tartar. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan (no. 1) tadi. Kacau dengan menggunakan spatula/senduk kayu. Selepas itu, masukkan kekacang pilihan dan chocolate chips, sebatikan. (Adunan agak lembik).
3. Sudukan atau boleh juga menggunakan tangan, bulat-bulatkan dan susun di dalam loyang. Jarak-jarakkan kerana biskut akan mengembang ketika dibakar. Loyang tidak perlu di gris.
4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160'C selama 15-20 minit. (saya bakar selama 20 minit). Angkat dan sejukkan di atas jaring kemudian bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.
TIPS : Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak ketika dibakar ~~~ selepas siap mengadun masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit, selepas itu bentukkan ikut citarasa dan susun di dalam loyang...
Labels:
Biskut/Cookies
AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROSE...
AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROSE
rujukan 1 : Fiza's Cooking...
rujukan 2 : Naz@ovenkecil...
Bahan-Bahan :
1 paket serbuk agar-agar (10 gm atau 11 gm)
1 liter air (4 cawan)
200 gm gula pasir (lebih kurang 1 cawan)
200-250 ml santan pekat (saya guna santan kotak dan boleh kurangkan kuantiti kalau nak dapatkan lapisan santan/atasnya yang nipis sedikit)
1 biji telur gred A/B ~ masukkan ke dalam santan dan kocok sedikit dengan garfu
Secubit garam
2 helai daun pandan ~ basuh bersih & simpul
1-2 sudu besar sirap rose atau beberapa titis pewarna merah & perisa rose
Cara-Cara :
1. Masak 1 liter air bersama gula pasir dan serbuk agar-agar sehingga gula larut.
2. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan sirap rose.
3. Masukkan juga simpulan daun pandan. Kacau dan tunggu sehingga menggelegak atas api sederhana.
4. PENTING!!! Bila menggelegak, biarkan seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biarkan adunan menggelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ini untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Apabila telah kelihatan adunan santan menjadi berbintil-bintil, bolehlah dimatikan api dapur.
5. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuangkan adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Bolehlah disimpan di dalam peti sejuk untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk...
Labels:
Puding
SAMBAL IKAN HIJAU...
SAMBAL IKAN HIJAU
Bahan-Bahan :
5 ekor ikan sardin
3 biji cili hijau *
3 biji cili padi hijau *
2 biji bawang merah kecil *
1 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1 sudu besar sos tiram
Gula & garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak :
1. Basuh ikan bersih-bersih dan lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga ikan masak.
2. Blend/kisar semua bahan bertanda (*) dan tumiskan bahan-bahan tersebut hingga naik minyak. Masukkan sos tiram, gaul rata. Masukkan gula dan garam secukupnya.
3. Apabila sambal sudah masak, bolehlah dituangkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi atau gaulkan ikan dengan sambal hingga sebati.
4. Hidangkan...
Labels:
Ikan
Subscribe to:
Posts (Atom)
