KEK PISANG

Wednesday, May 27, 2020

SOFT BUTTER CAKE









SOFT BUTTER CAKE
(Mariana Zainal)




Bahan-Bahan :

250  gm  butter   (nak guna marjerin Pelangi pun boleh)
1  cawan rata  gula pasir atau gula kastor
4  biji  telur gred A
2  cawan rata  tepung naik sendiri   ~  ayak   (jika guna tepung gandum tambah 1 sudu teh membukit baking powder)
1/2  cawan  susu cair
1  penutup botol  esen vanilla
2  sudu besar  serbuk koko
Pewarna terpulang pada pilihan masing-masing


Cara-Cara :

1.  Pukul butter dan gula 12-13 minit, masukkan esen vanilla dan telur satu persatu pukul perlahan (setiap kali masukkan telur pukul 1 minit).

2.  Masukkan tepung naik sendiri dan susu cair berselang-seli sambil kaupbalik adunan menggunakan senduk kayu.

3.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian warna asal@letak warna pilihan dan satu bahagian lagi letak serbuk koko.  Lenser nipis butter/marjerin pada loyang saiz 7 inci atau 8 inci (saya guna loyang 8 inci) dan letak baking paper.  Masukkan adunan berselang-seli sehingga habis.

4.  Bakar selama 50 minit hingga masak, (bergantung pada oven masing-masing), api atas bawah, pada suhu 160'C (oven haruslah dipanaskan 10 minit terlebih dahulu sebelum bakar kek).


TIPS :   Jika guna gula pasir (kisar terlebih dulu), jika guna gula kastor tak perlu kisar.


KUIH CARA LEMAK MANIS









KUIH CARA LEMAK MANIS
CARA CIK DAYANG




Bahan-Bahan :

1  cawan  tepung gandum
3/4  cawan  santan kelapa + 3/4 cawan air   (cukupkan santan + air  =  1 1/2 cawan, nak sedap guna yang fresh)
1  biji  telur   (me :  guna gred A)
3  helai daun pandan   (boleh ganti dengan pandan paste)
Beberapa titik pewarna hijau
Susu pekat manis secukupnya   (sebagai inti, boleh juga guna cheese@nutella)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak


Cara-Cara :

1.  Mula-mula, blend daun pandan dengan santan.
2.  Kemudian tapis dan ambil air dia saja.
3.  Masukkan tepung dan telur, blend lagi sekali sebab tak mau bagi tepung berketul.
4.  Masukkan paste pandan supaya kuih cara jadi hijau cantik.
5.  Panaskan acuan kuih cara.  Sapu minyak masak sedikit pada acuan supaya kuih tak melekat.
6.  Tuangkan adunan ke dalam acuan 3/4 penuh.  Cedok sedikit susu pekat, bubuh pada setiap adunan kuih.  Jangan bubuh banyak.  (nanti pecah ketika masak).
7.  Tutup dengan penutup periuk.  Biarkan lebih kurang 3-5 minit bagi kuih cara masak.  Guna api perlahan.
8.  Nak tau dah masak ke belum, tengok warna tepung dengan susu dah sekata.
9.  Bila dah masak, cungkil dengan lidi sate untuk keluarkan dari acuan.
Siap !



AYAM POPCORN SAMBAL MANIS









RESEPI AYAM POPCORN
SAMBAL MANIS
sumber :    resepichenom.com




Bahan2 untuk kisar halus :

3  biji  bawang merah kecil
3  ulas  bawang putih
1/2  inci  halia
1 1/2  sudu besar  cili kisar


Bahan2 untuk ayam popcorn :

3-4  ketul  dada ayam
Sedikit garam
1/4  sudu kecil  serbuk kunyit
1  biji  telur
1-2  cawan  tepung jagung   (boleh ganti dengan tepung gandum)


Bahan2 untuk lain :

1  cawan  minyak masak
1/2  biji  bawang besar
3  sudu besar  sos cili
3-4  sudu besar  kicap manis
1  sudu besar  gula
1/2  sudu besar  sos tiram
1  biji  tomato
10-15  biji  cili padi
Air secukupnya untuk kuah
Garam secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Potong dadu isi ayam.
2.  Gaul ayam dengan garam, serbuk kunyit dan telur.
3.  Salut ayam dalam tepung jagung sedikit demi sedikit.
4.  Potong kasar bawang merah, bawang putih, halia, bawang besar dan tomato.
5.  Buangkan tangkai cili padi, tak perlu potong.
6.  Blender@kisar bawang merah, bawang putih, halia, cili kisar dan air sedikit.
7.  Panaskan minyak masak dan goreng ayam sampai garing, angkat dan ketepikan.
8.  Tumis bawang besar sampai layu.
9.   Masukkan bahan kisar dan sedikit air, masak sehingga pecah minyak.
10.   Masukkan sos cili, kicap manis, air, gula (lebihkan), sos tiram (optional), garam, cili padi dan tomato.
11.   Masak sampai pekat dan akhir sekali perlahankan api dan masukkan ayam goreng popcorn.


TIPS :

1.  Tabur sedikit tepung jagung atas ayam yang disalut tadi supaya ayam tak melekat masa masak.
2.  Jangan tumis bawang besar sampai kering sebab bawang besar lembut akan beri rasa yang manis pada masakan.


Saturday, May 23, 2020

HADIAH !


22/5/2020 (Jumaat)  Terima hadiah@pemberian anakanda Nur Ruzanna dari Johor memandangkan beliau sekeluarga tidak dapat balik ke rumah kami disebabkan PKP.  Terima kasih.

KEK COKLAT LEMBAP KUKUS !








KEK COKLAT LEMBAP KUKUS
sumber :    buatoranglapo.com@you tube




Bahan-Bahan :

3/4  cawan  gula kastor
3  biji  telur   (me : guna gred A)
1/2  sudu kecil  garam
1  sudu kecil  soda bikarbonate
1  sudu kecil  esen vanilla
1  cawan  minyak
1/2  cawan  susu pekat manis
1 1/4  cawan  tepung gandum
1  cawan  serbuk koko
1  cawan  air panas


Cara-Cara :

1.  Pukul gula dan telur sehingga betul-betul kembang.  Adunan menjadi pucat.

2.  Masukkan garam, soda bikarbonate, esen vanilla, minyak dan juga susu pekat manis.  Pukul lagi sehingga sebati.

3.  Ayakkan tepung gandum dan juga serbuk koko ke dalam adunan tadi.  Kacau sehingga sebati.

4.  Masukkan pula air panas.  Kacau lagi sehingga adunan sebati.

5.  Lenserkan loyang yang berukuran 8 inci bulat/persegi dengan marjerin.

6.  Masukkan adunan tadi ke dalam loyang dan kukus selama 40 minit@hingga masak.


Bahan-Bahan Topping Coklat :   (topping ni untuk 3 biji kek saiz 8 inci)

250 gm  coklat masakan
1  sudu besar  mentega
3/4  cawan  krim putar tenusu@dairy


Cara-Cara :

1.  Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk 'stainless steel' dan masakkan secara double-boil.  Kacau sehingga coklat cair.


NOTA :    Boleh tambah krim putar sedikit demi sedikit jika mahu topping yang lebih cair.