KEK PISANG

Monday, September 19, 2011

CHAR KUETIAU


1 bungkus kuetiau
300 gm udang (dibuang kulit)
200 gm isi ayam (dihiris)
3 tangkai daun kucai (dipotong 1 inci)
1 cawan tauge
1 keping tauhu basah (digoreng & dipotong kecil)
2 tbsp. cili kisar
4 ulas bawang putih (diketuk)
4 tbsp. kicap pekat
2 tbsp. sos tomato
1 atau 2 biji telur
1 biji tomato (dipotong kecil)
2 tbsp. minyak masak
Garam (sekiranya perlu)


1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan kicap.
3. Masukkan udang, isi ayam, sos tomato dan air. Kemudian kacau rata.
4. Pecahkan telur dan biarkan keras sebentar. Kacau sebati.
5. Masukkan kuetiau, tomato, tauhu, tauge dan kucai. Kacau rata dan tutup api.
6. Hidangkan dengan lada jeruk.

No comments:

Post a Comment