KEK PISANG

Tuesday, March 20, 2012



MUFIN BUAH



MUFIN BUAH (menghasilkan anggaran : 18 biji muffin liner No. 8)
resipi oleh : kakzusemanisgula dalam Majalah Saji April 2012)
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

200 gm tepung gandum
2 tsp. serbuk penaik
110 gm gula perang
1 biji telur (gred A)
110 gm mentega (cairkan atas double boiler)
200 gm susu segar
1 tsp. esen vanilla
60 gm buah campur
1/4 tsp. garam halus

Bahan Hiasan :

Buah campur

Cara membuat :

1. Mula-mula, pukul perlahan telur bersama gula perang.
2. Kemudian masukkan mentega cair, esen vanilla dan susu segar.
3. Tambahkan tepung yang telah diayak bersama dengan serbuk penaik.
4. Gaulkan buah campur dengan sedikit tepung. Kemudian masukkan ke dalam adunan dan gaul sebati.
5. Seterusnya masukkan ke dalam acuan mufin dan taburkan buah campur di atasnya. Bakar selama 30 minit pada suhu 180'C.

Tips : Mufin seakan roti tidak perlu digaul dengan kasar atau lama kerana glutin dalam tepung akan terbentuk yang menyebabkan mufin liat dan keras.


No comments:

Post a Comment