KEK PISANG

Friday, October 24, 2014

DULCE DE LECE

 Sos Dulce De Lece - digunakan untuk pelbagai resipi
contoh 'Banofee Pie'.

PUDING SAGU








PUDING SAGU
buku 'Senangnya Memasak Puding' Chef Hanieliza
tried by  :   zaralovebaking.blogspot.com



Bahan A :  (Sagu)

2  cawan  sagu mata ikan
5  cawan  air
1  sudu teh  pewarna merah
1  tin  susu cair  (400 ml)
1  tin  buah-buahan koktel (sebagai hiasan - jika suka)


Bahan B :  (Air Gula)

   1  cawan  gula merah
1/2  cawan  gula pasir
   1  cawan  air
   1  helai  daun pandan (disimpul)


Cara Membuat Sagu :

1.   Didihkan air, kemudian masukkan sagu dan pewarna merah.  Kacau sehingga sagu masak.
2.   Masukkan sagu ke dalam acuan kecil.  Kemudian sejukkan.


Cara Membuat Air Gula dan Cara Menghidang :

1.   Masakkan kesemua bahan B sehingga mendidih dan sedikit pekat.  Keluarkan daun pandan.
2.   Keluarkan sagu dari acuan dan masukkan ke dalam mangkuk kecil.
3.   Tuangkan susu cair.
4.   Hiaskan dengan buah-buahan koktel (jika guna).  Sejukkan di dalam peti sejuk.
5.   Tuangkan air gula merah dan hidangkan.

TIPS :  boleh gantikan susu cair dengan susu segar atau santan yang dicampurkan sedikit garam.   

IKAN MASAK MASAM MANIS









IKAN MASAK MASAM MANIS
buku  :  Senangnya Memasak Ikan - Chef Hanieliza
tried & tested  :   zaralovebaking



Bahan A :

4  ekor   ikan kerisi  (buang sisik & cuci bersih)
Garam dan serbuk kunyit secukupnya


Bahan B :  (Untuk Sos)

   5  ulas   bawang merah *
   3  ulas   bawang putih *
   1  inci    halia *  ( * dihiris )
   5  sudu besar  sos tomato
   3  sudu besar  sos cili
   1  sudu besar  sos tiram (tambahan)
   2  biji  cili merah  (dihiris nipis)
1/2  cawan  air
   1  biji   tomato  (dipotong 6)
   1  pokok   daun bawang & daun sup  (dipotong/hiris)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak


Cara Penyediaan :

1.   Ikan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit.  Gorengkan sehingga garing.
2.   Terbalikkan kedua-dua bahagian supaya masak rata.  Kemudian letakkan di dalam pinggan.
3.   Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
4.   Apabila wangi, masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan air.
5.   Masukkan juga cili potong, garam (sekiranya perlu) dan gula secukup rasa.
6.   Apabila kuah pekat, tuangkan ke atas ikan yang digorengkan tadi.
7.   Hiaskan bersama daun sup dan daun bawang.

TAUGE GORENG







TAUGE GORENG
Oleh  :   zaralovebaking



Bahan A :

300  gm   tauge atau tauge kasar  (dibuang ekor)
  50  gm   daun kucai  (dipotong pendek)
100  gm   udang segar  (dibuang kulit)
    3  sudu besar  minyak masak
Garam secukup rasa


Bahan B :  (ditumbuk/dihiris)

3  tangkai  cili merah
3  ulas  bawang merah
2  ulas  bawang putih


Cara Memasak :

1.   Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk/hiris dan udang sehingga wangi.
2.   Masukkan tauge, kucai dan garam secukup rasa.  Kacau rata.  Biarkan tauge masak.
3.   Sedia dihidangkan.

Thursday, October 23, 2014

KUIH BAKAR KEMBOJA









KUIH BAKAR KEMBOJA
sumber dari  :  AzieKitchen; sangat sedap & lembut; thanks...
tried & tested :  zaralovebaking.blogspot.com (a keeper)



Bahan-bahan :

      1  cawan   tepung gandum
1 1/4  cawan   santan
   1/2  cawan   jus pandan
   1/2  cawan   gula kastor  (tak penuh)
      1  sudu makan   mentega  (cairkan)
      2  biji  telur 'B'
   1/4  sudu kecil   garam halus
Pewarna hijau
Sedikit bijan  (untuk tabur atas kuih)


Cara-cara :

1.   Satukan kesemua bahan di atas kecuali bijan sampai sebati dan adunan tepung tidak berbintil.
2.   Panaskan acuan kuih terlebih dahulu di atas api dapur.
3.   Lenser dengan minyak atau mentega pada acuan dan tuangkan adunan ke dalamnya 3/4 penuh kemudian taburkan bijan di atasnya.
4.   Masak sebentar di atas dapur gas selama 5-7 minit dengan api yang sangat kecil bertujuan untuk mendapatkan kulit yang agak garing.  Kemudian sambung membakar di dalam oven pada suhu 180'C selama 30-40 minit sehingga permukaan kuih kelihatan keperangan.
 (menghasilkan :  2 biji)