Friday, October 24, 2014
PUDING SAGU
PUDING SAGU
buku 'Senangnya Memasak Puding' Chef Hanieliza
tried by : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan A : (Sagu)
2 cawan sagu mata ikan
5 cawan air
1 sudu teh pewarna merah
1 tin susu cair (400 ml)
1 tin buah-buahan koktel (sebagai hiasan - jika suka)
Bahan B : (Air Gula)
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
1 helai daun pandan (disimpul)
Cara Membuat Sagu :
1. Didihkan air, kemudian masukkan sagu dan pewarna merah. Kacau sehingga sagu masak.
2. Masukkan sagu ke dalam acuan kecil. Kemudian sejukkan.
Cara Membuat Air Gula dan Cara Menghidang :
1. Masakkan kesemua bahan B sehingga mendidih dan sedikit pekat. Keluarkan daun pandan.
2. Keluarkan sagu dari acuan dan masukkan ke dalam mangkuk kecil.
3. Tuangkan susu cair.
4. Hiaskan dengan buah-buahan koktel (jika guna). Sejukkan di dalam peti sejuk.
5. Tuangkan air gula merah dan hidangkan.
TIPS : boleh gantikan susu cair dengan susu segar atau santan yang dicampurkan sedikit garam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment