Sunday, October 12, 2014
PAI QUICHE LORAINE
PAI QUICHE LORAINE
Cookbook : Variasi Hidang Berkeju - Noraini Zakaria
Tried & Tested : zaralovebaking.blogspot.com; (sedap & rangup)...
Bahan Pastri :
450 gm tepung gandum (diayak)
250 gm mentega
1 biji telur gred B
2 sudu besar air
2 sudu besar gula kastor
1/2 sudu teh garam halus
Bahan Inti Ayam :
5 ketul sosej ayam (dihiris kecil-kecil)
200 gm keju cheddar (disagat)
1 biji bawang besar (dicincang)
200 ml susu segar/UHT (dalam kotak)
2 biji telur gred B
Garam & serbuk lada sulah secukupnya
Cara Membuat :
1. Pastri : Satukan mentega, gula dan garam. Putar sehingga kembang. Masukkan telur dan air. Putar lagi sehingga sebati. Akhir sekali masukkan tepung gandum. Putar dengan kelajuan perlahan sehingga menjadi doh.
2. Canai doh dan letakkan di dalam acuan pai dan bakar pada suhu 180'C selama 20 minit. Sebelum dibakar, cucukkan doh dengan garfu untuk mengelakkan ia menggelembung.
3. Letakkan sosej ayam dan bawang besar di dalam kulit pai. Taburkan dengan keju cheddar.
4. Sementara itu, satukan susu segar, garam, lada sulah dan telur di dalam sebuah bekas. Kacau rata dan tuangkan di atas inti tadi. Bakar pai ini pada suhu 180'C selama 20 minit lagi sehingga kekuningan.
(untuk 1/2 adunan menghasilkan : 16 biji)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment