Sunday, October 5, 2014
PUDING ROTI KARAMEL
PUDING KARAMEL
cookbook : Senangnya Memasak Puding & Desert - Chef Hanieliza
Bahan A (Karamel) :
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
Bahan B (Puding) :
10 keping roti (dikoyakkan)
1 tin susu cair (400 ml)
1 cawan air
1 tin air buah pic (di dalam tin) atau fruit cocktail
2 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu makan tepung kastad
Buah pic/cocktail (sebagai hiasan)
Cara Membuat Karamel :
1. Masakkan gula di dalam kuali tidak lekat.
2. Apabila gula kekuningan, masukkan air dan kacau sehingga gula larut dan mendidih.
3. Tuangkan karamel ke dalam loyang bulat bersaiz 8 inci dan ketepikan.
Cara Membuat Puding :
1. Gaul rata semua bahan B di dalam mangkuk besar.
2. Panaskan kukusan sehingga mendidih.
3. Masukkan bancuhan ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
4. Kukuskan selama 30 - 40 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
5. Sejukkan dan terbalikkan perlahan-lahan ke dalam pinggan besar.
6. Susunkan buah pic/cocktail dan sedia dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment