KEK PISANG

Wednesday, October 1, 2014

KEK BUAH KUKUS










KEK BUAH KUKUS
sumber dari  :   KelasBakeri.com/FB ; thanks (sangat sedap)




Bahan-bahan :

375  gm   buah-buahan campuran (mix fruit)
250  gm   mentega
300  gm   tepung gandum *
    1  tsp   soda bikarbonat *
    1  tsp   cream of tartar *  ( * disatukan & diayak )
    3  biji   telur gred 'A'
150  gm   gula kastor/gula perang (saya guna gula perang)
150  gm   gula pasir  (untuk buat gula hangus)
 1/4  cawan  badam keping (almond flakes - panggang sekejap)
    1  biji   buah pala  (diparut)


Loyang  :  8 inci - digris & dialas dengan baking paper


Cara Penyediaan :

1.   Didihkan air di dalam kukusan.  Lenser tin bersaiz 8"x8"x3" dengan sedikit mentega, alaskan dasar tin dengan kertas minyak, lenserkan juga kertas tadi.  Ketepikan.

2.   Tepung gandum digaulkan  bersama cream of tartar, soda bikarbonat dan diayak.  Parutkan biji pala dan gaul rata dan sebati.

3.   Masukkan buah-buahan campuran dan badam keping ke dalam tepung, gaulkan rata.  (Ini bertujuan mengelakkan buah-buahan tadi mendap dan tidak berterabur).  Ketepikan.

4.   Putar mentega bersama gula halus sehingga kembang.  Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar sehingga gebu.

5.   Masukkan tepung bersama buah-buahan campuran tadi, gaul sehingga rata dan matikan mixer.

6.   Masak gula pasir dengan api sederhana sehingga menjadi karamel.  Tuangkan ke dalam adunan kek tadi dan 'on-kan' mixer kembali, putar rata.  (Berhati-hati ketika menuang air gula hangus kerana ianya panas dan merbahaya).

7.   Alihkan adunan ke dalam tin kemudian tutupkan dengan aluminium foil dengan kemas.  Kukus selama 4 jam.  Bila masak, keluarkan kek dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dipotong supaya kek tidak pecah.

No comments:

Post a Comment