KEK PISANG

Tuesday, October 21, 2014

NASI OREN







NASI OREN
Buku resipi  :  Senangnya Memasak Nasi Chef Hanieliza
Tried & tested  :   zaralovebaking ;  sangat sedap...



Bahan A :

   3  cawan   beras basmathi
   4  cawan   air
   1  kiub   pati ayam
   2  helai   daun pandan  (disimpul)
1/2  cawan   kismis
   4  sudu makan   jus oren Sunquick
Sedikit pewarna kuning
   1  pokok   daun bawang  (dihiris kasar)
Bawang goreng secukupnya
   3  sudu makan   mentega
Garam secukup rasa


Bahan B (Tumisan) :

2  ulas   bawang putih  (dihiris)
1  labu   bawang besar  (dihiris)
2  inci   kulit kayu manis
8  kuntum   bunga cengkih
4  biji   buah pelaga
3  kuntum   bunga lawang


Cara Memasak :

1.   Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit.  Toskan.
2.   Panaskan mentega di dalam periuk.  Tumiskan bahan B sehingga kekuningan dan naik bau.
3.   Masukkan air, kiub pati ayam, daun pandan dan garam.  Biarkan mendidih.
4.   Masukkan beras, kismis dan jus oren.  Kacau rata. 
5.   Tutup api dan alih kan ke dalam Rice Cooker.  Masakkan nasi seperti biasa sehingga air kering.
6.   Apabila nasi sudah masak, letakkan pewarna kuning di beberapa tempat di atas nasi.
7.   Biarkan nasi kering lagi selama 5 minit.
8.   Tutup suis Rice Cooker.  Gemburkan nasi dengan garfu/chopstick.  (Jangan terlebih gaul nanti nasi patah).
9.   Hias dengan daun bawang dan bawang goreng semasa menghidang.

No comments:

Post a Comment