KEK PISANG

Tuesday, October 21, 2014

KUIH BADAK BERENDAM...buat lagi sebab tak puas makan!!!







KUIH BADAK BERENDAM
sumber dari  :   AzieKitchen ; thanks...
tried & tested :   zaralovebaking



Bahan untuk Doh :

      2  cawan   tepung pulut putih
1 1/2  cawan   perahan air daun pandan
   1/2  sudu kecil   garam halus
      1  sudu kecil   air kapur cair (optional)


Cara-cara :

     Campurkan garam dengan air pandan dan tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung pulut yang telah dicampurkan dengan air kapur cair sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk dan tidak melekat di tangan (tidak perlu habiskan air pandan tadi).
     Ambil sedikit doh, bulat dan leperkan.  Letakkan inti kelapa ditengahnya dan bulatkan kembali.  Aturkan di atas plastik supaya bebola doh tidak melekat.  Sementara itu didihkan air dan daun pandan di dalam periuk.  Kemudian keluarkan daun pandan tadi.  Masukkan bebola doh pulut dan masak sehingga bebola timbul di permukaan, angkat dan toskan.  Masukkan ke dalam periuk berisi kuah tadi. 
     Sedia untuk dihidangkan.


Bahan Kuah :  (sumber :  citarasawan)

2 1/2  cawan   santan
      2  sudu besar   tepung beras
   1/2  sudu teh   garam


Cara-cara :

     Satukan kesemua bahan kuah di dalam periuk dan kacau di atas api perlahan sehingga pekat.  Ketepikan.


Bahan Inti :  (sumber :  citarasawan)

   4  sudu besar   gula merah
   4  sudu besar   gula putih
1/2  biji   kelapa parut muda putih
1/2  cawan   air
   1  sudu besar   tepung pulut putih


Cara Penyediaan :

1.   Masak gula merah, gula putih dan air di dalam periuk dan kacau sehingga gula hancur.  Kemudian tapis.

2.   Masukkan semula air gula tadi ke dalam periuk bersama kelapa parut.  Masak menggunakan api perlahan sambil dikacau sehingga inti hampir kering.  Taburkan dengan tepung pulut dan kacau sehingga rata.

3.   Sejukkan inti dan gentel bulat-bulat untuk dimasukkan ke dalam adunan doh.

3 comments:

  1. As salam. Menelan nelan air liur melihatnya. Hmm mula lah terasa nak membuatnya lagi

    ReplyDelete
  2. As salam Azie! Sebenarnya buatkan untuk anak yang tengah mengidam

    ReplyDelete