Tuesday, October 7, 2014
CARAMEL
CARAMEL
sumber : Pn. Norela Nuruddin ; thanks....
Bahan-bahan :
5 biji telur 'B'
1 tin susu cair
1 tin air (sukat menggunakan tin susu cair)
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
1 1/2 cawan gula pasir (untuk buat gula hangus)
1 sudu besar tepung kastad
Acuan : 8 inci
Cara-cara :
1. Buatkan gula hangus dahulu dan ketepikan. (Caranya, panaskan gula pasir di dalam non-stick pan/kuali dengan api kecil sehingga gula menjadi perang. Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas dan kacau sehingga sebati. Matikan api dan tuangkan gula terus ke dalam loyang. Ketepikan). Sementara itu, panaskan periuk kukusan.
2. Campurkan kesemua bahan di atas kecuali air gula hangus dan pukul menggunakan whisk sehingga sebati. Kemudian tuangkan adunan telur tadi ke dalam loyang berisikan gula hangus tadi.
3. Kukus selama 30 minit. Sejukkan di dalam peti sejuk. Hidangkan dengan fruit cocktail ataupun aiskrim vanilla.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment