Tuesday, October 21, 2014
KUBIS GORENG
KUBIS GORENG
oleh : zaralovebaking
Bahan-bahan :
500 gm kubis manis (dihiris)
1 batang lobak merah saiz kecil
Segenggam ikan bilis
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu makan sos tiram
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Sayur dipotong kecil dan dicuci bersih. Kemudian toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
3. Masukkan ikan bilis dan lobak merah. Masukkan sedikit air agar lobak cepat empuk.
4. Kemudian masukkan kubis, kacau rata.
5. Perisakan dengan sos tiram dan sedikit garam. Sesuaikan rasanya.
6. Sedia dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment