Monday, October 20, 2014
KUIH BADAK BERENDAM
KUIH BADAM BERENDAM
sumber : monasrie.blogspot ; thanks...
tried & tested : zaralovebaking
Bahan-bahan :
2 cawan tepung pulut (putih/hitam)
1 1/2 cawan air biasa/jus pandan (jus pandan jika menggunakan tepung pulut putih)
1/2 sudu teh garam halus
Inti kelapa secukupnya (cara membuatnya seperti inti Kuih Koci)
Bahan Dadih :
2 1/2 cawan santan
2 sudu makan tepung beras
1/2 sudu teh garam halus
3 helai daun pandan (disimpul)
Cara Membuat :
1. Campurkan rata kesemua bahan-bahan untuk dadih kemudian dikacau di atas api sederhana sehingga pekat (anggaran 10 minit). Tutup api dan ketepikan dulu.
2. Bulat-bulatkan inti kelapa ikut suka samada besar atau kecil.
3. Campurkan sedikit garam dengan air pandan dan gunakan untuk menguli tepung pulut putih sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk.
4. Ambil sedikit doh, bulat-bulatkan, leperkan, letakkan inti ditengahnya dan bulatkan kembali. Buat sehingga habis adunan. Letakkan di atas plastik agar tidak melekat.
5. Didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan sehingga mendidih dan masukkan bebola tadi ke dalamnya.
6. Bila bebola timbul, barulah di angkat dan ditoskan kemudian terus dimasukkan ke dalam periuk berisi dadih tadi. Hidangkan....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment