sedap disapu pada roti....
SERIKAYA PANDAN MUDAH
sumber : jintanmanis.com/Pn. Ros ; thanks...
tested : zaralovebaking.blogspot.com ; sangat sedap..
Bahan-bahan :
350 ml santan pekat (sebaiknya guna santan segar)
3/4 cawan gula kastor
1 1/2 sudu besar tepung kastad
3 biji kuning telur gred 'B'
1 helai daun pandan (disimpul)
Beberapa titik pandan emulco
Beberapa titik pewarna hijau
Cara-cara :
1. Campurkan santan, kuning telur, gula, pandan emulco dan pewarna hijau di dalam bekas, kacau sebati menggunakan whisk.
2. Kemudian ambil tepung kastad dan bancuhkan dengan 2 sudu besar air, selepas itu curahkan bancuhan tersebut ke dalam bekas berisi adunan santan tadi. Kacau lagi kemudian tapiskan adunan ke dalam periuk dan masukkan daun pandan.
3. Masak dengan api perlahan dan perlu di ingat, hendaklah dikacau selalu dan jangan ditinggalkan. Kacau sehingga serikaya menjadi pekat dan berkilat (masa mengacau lebih kurang 20-25 minit). Setelah pekat, angkat dan sejukkan. Kemudian bolehlah disimpan di dalam bekas kaca dan simpan di dalam peti ais.
No comments:
Post a Comment