Sunday, October 12, 2014
PENGAT PISANG & KELEDEK
PENGAT PISANG & KELEDEK
Oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
1 biji pisang tanduk (dikupas & dihiris)
3 biji ubi keledek bersaiz kecil (dikupas & didadu)
2 cawan santan pekat
2 sudu makan gula merah
3 sudu makan gula pasir
2 helai daun pandan (disimpul)
1 cawan air (lebihkan jika perlu)
Sedikit garam
2 sudu makan sagu mata ikan (dibasuh, rendam sekejap & ditoskan)
Cara-cara :
1. Masukkan pisang, ubi keledek, air, daun pandan, gula pasir, gula merah dan sedikit garam ke dalam periuk. Masak sehingga ubi keledek empuk.
2. Masukkan santan dan sagu mata ikan. Masak lagi selama 3 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
3. Tutup api dan masukkan ke dalam mangku. Sedia untuk dihidangkan ketika suam atau sejuk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment