Friday, October 10, 2014
BROKOLI GORENG BERSAMA TAUHU TELUR
BROKOLI GORENG BERSAMA TAUHU TELUR
Oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
400 gm brokoli (dipotong kecil & dicelur)
2 batang tauhu telur (dihiris bulat & digoreng)
1 sudu makan udang kering (dicuci bersih, direndam sebentar & ditoskan)
1/2 cawan air
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan sos tiram
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
Garam secukup rasa
Bahan Menumis :
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1 biji bawang besar - dihiris bulat
2 biji cili merah - dihiris serong
Cara Memasak :
1. Sayur brokoli dipotong kecil, dicuci bersih kemudian dicelur sebentar. Toskan.
2. Tauhu telur dipotong bulat kemudian digoreng sehingga keperangan.
3. Panaskan sedikit dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
4. Masukkan juga udang kering. Kacau rata dan gorengkan sebentar.
5. Masukkan sayur, tauhu, sos tiram, air, lada sulah dan garam secukup rasa. Kacau rata.
6. Apabila sayur mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Tutup api.
7. Sedia untuk dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment