KEK PISANG

Monday, October 20, 2014

TIRAMISU (Italian Dessert)









TIRAMISU  (Italian Dessert)
sumber dari  :  kekdihatiku ; thanks...
tried & tested :   zaralovebaking



Bahan-bahan :

200  gm   krim putar  (UHT whipping cream)
250  gm   cream cheese; suhu bilik
  30  ml    susu segar
    5  sudu besar   gula halus
180  ml    air  (dicampurkan dengan 1 sudu teh serbuk kopi segera = kacau sebati)
    1  sudu besar   serbuk koko  (untuk hiasan)
  30  gm   parutan coklat masakan  (untuk hiasan)
  20  keping   biskut Lady's Fingers/biskut Marie secukupnya
Sedikit strawberry  (untuk hiasan - jika suka)


Cara-cara :

1.    Pukul krim putar sehingga kental dan ketepikan dulu.
2.    Putarkan krim keju sehingga lembut.
3.    Masukkan susu segar dan gula halus serta putar lagi sehingga adunan menjadi ringan.
4.    Campurkan krim putar ke dalam  adunan krim keju, dikacau rata dan sebati secara kaupbalik.
5.    Celupkan biskut di dalam air kopi dan susun beberapa keping ke dalam mangkuk kaca.
6.    Ratakan sedikit adunan campuran krim keju di atasnya.
7.    Ayakkan serbuk koko di atasnya.
8.    Celupkan biskut lagi di dalam air kopi, susun dan tutup dengan baki krim keju.
9.    Akhir sekali, ayakkan serbuk koko dan taburkan coklat parut.
10.  Tutupkan dengan cling wrap/plastik dan biarkan didalam peti sejuk selama 4 jam.
11.   Hiaskan dengan buah strawberry (jika guna) dan siap untuk dihidangkan...
(yields :  6 biji bekas) 

No comments:

Post a Comment