KEK PISANG

Wednesday, October 15, 2014

PURI









PURI
sumber dari  :  sara & azlitamasammanis ; thanks...
tried & tested :  zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :

    2  cawan   tepung gandum
    1  sudu teh  garam
150  ml   air
    1  sudu teh   minyak sapi, minyak jagung atau minyak masak


Cara-cara :

1.    Masukkan tepung gandum ke dalam bekas yang besar.
2.    Masukkan juga garam.  Tuangkan air sedikit demi sedikit.
3.    Uli adunan sehingga ia menjadi doh yang tidak melekat pada bekas dan tangan.
4.    Kemudian letakkan minyak sapi atau minyak masak.  Uli lagi sehingga doh lembut.
5.    Tutup dengan kain dan perap sebentar dalam 20 minit.
6.    Ambil sedikit doh sebesar guli.  Canai doh bulat dan nipis (bentuk tidak kisah).
7.    Buat sehingga kesemua adunan habis.
8.    Bila sudah siap bolehlah menggoreng puri.
9.    Panaskan minyak di dalam kuali.  Pastikan minyak betul-betul panas.
10.  Masukkan doh yang telah dicanai nipis ke dalam minyak panas.
11.  Tekan-tekan atau tenggelamkannya di dalam minyak dengan sudip sehingga ia mengelembung.  Bila telah gelembung terbalikkan sebelah lagi pula.
12.  Buat cara yang sama, tekan dengan sudip tengahnya sehingga ia mengelembung.  Bila dah gelembung terus diangkat.
13.  Tidak perlu banyak kali balik-balikkan.  Hanya 2 kali balikkan sahaja. 
14.  Enak dihidangkan bersama kari ayam, masak asam pedas dll....

No comments:

Post a Comment