NASI CARROT
sumber dari : yatiememories & hanieliza
tried & tested : zaralovebaking; sangat sedap & mudah (thanks)...
Bahan-bahan :
4 cawan beras basmathi (cuci, rendam 30 minit & toskan)
1 cawan lobak merah (dipotong dadu kecil)
1 cawan susu cair
4 cawan air
1 kiub pati ayam Maggi
1 sudu kecil gula
Garam secukupnya
Bahan Tumis :
2 sudu besar rempah kurma
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
2 cm halia * (* dimayang halus atau ditumbuk kasar)
3 sudu besar minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun ketumbar (dimayang)
2 helai daun pandan (disimpul)
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis, bawang dan halia yang dimayang diikuti daun pandan.
2. Bila sudah wangi masukkan rempah kurma. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, kiub pati ayam Maggi dan susu cair. Biarkan mendidih.
4. Masukkan beras, lobak merah yang didadu dan daun ketumbar. Tutup api.
5. Alih kan periuk ke dalam Rice Cooker dan biarkan masak seperti nasi biasa.
6. Bila nasi sudah kering, gemburkan dengan perlahan menggunakan garfu/chopstick. Matikan suis Rice Cooker untuk mengelakkan nasi berkerak.
7. Hidangkan nasi dengan lauk kegemaran....
Jus Alpukat/Jus Avocado
No comments:
Post a Comment