Sunday, October 5, 2014
KUIH KETAYAP
KUIH KETAYAP
cookbook : Kuih Muih inspirasi blogger
Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan susu cair atau air suam
1 sudu teh garam
1 sudu besar majerin (dicairkan)
sedikit pewarna hijau
sedikit minyak untuk disapu pada kuali
Inti :
1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah
2 sudu besar gula
sedikit air
1 helai daun pandan
1 sudu besar tepung pulut/jagung/tepung kastad
Cara Penyediaan :
1. Untuk inti : Masak gula merah dan gula dengan sedikit air kemudian tapiskan. Masukkan kelapa parut.
2. Masak sehingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya.
3. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah.
4. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
Untuk dadar :
1. Satukan kesemua bahan A dan kisar dengan blender sehingga halus dan tidak berketul.
2. Tapis. Panaskan kuali, lenser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi membulat.
3. Masak sehingga 2-3 minit, angkat, jangan terlalu lama.
4. Setelah di angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung : lipat kedua-dua tepi sedikit dan gulung melintang. Ulangi sehingga adunan tadi habis).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment