KEK PISANG

Sunday, September 6, 2015

BLUEBERRY YOGURT MUFFINS








BLUEBERRY YOGURT MUFFINS
sumber  :  Iza Akma SSK; thanks...
tried  :   zaralovebaking....




Bahan A :

145  gm  tepung naik sendiri@self-raising flour
 1/2  cawan  buah blueberry segar  -  basuh & keringkan dengan kitchen/paper towel


Bahan B :

    1  biji  telur gred B  -  dipukul ringan
  55  gm  gula kastor
  60  gm  mentega  -  dicairkan
    2  sudu besar  susu segar
120  gm  plain yogurt
 1/2  sudu teh  esen vanilla


Cara-cara :

1.  Satukan bahan A bersama.  Ketepikan.
2.  Satukan kesemua bahan B di dalam sebuah mangkuk adunan.
3.  Masukkan campuran A ke dalam B dan kaupbalikkan adunan cukup sekadar sebati saja.
4.  Sudukan adunan ke dalam acuan muffin sehingga 85% penuh.
5.  Bakar pada suhu 190'C selama 20-30 minit atau sehingga masak.

(Yields :  12 pcs)

PENGAT PISANG BERSAGU








PENGAT PISANG BERSAGU
sumber  :  yatiememories; thanks...
tried  :   zaralovebaking..




Bahan-bahan :

   3  biji  pisang tanduk
1/2  cawan  sagu biji  -  cuci & rendamkan dalam 3 minit (x letak)
Air secukupnya untuk merebus pisang dan sagu


Bahan Kuah :

   1  cawan  santan pekat
   2  cawan  air
   3  sudu besar  gula merah + 1/2 cawan air, gaul rata dan tapiskan
1/4  cawan  gula pasir
   2  helai  daun pandan  -  disimpul


Cara-cara :

1.  Buangkan kulit pisang dan hiris serong.  Rebus pisang tanduk hingga separuh masak.  Bila dah empuk, angkat dan toskan.  Jangan direbus lama sangat nanti tidak cantik pisangnya.

2.  Sementara itu, di dalam periuk lain, didihkan air dan masukkan sagu biji yang telah direndamkan tadi.  Masak hingga jerni semuanya.  Setelah siap, tapiskan dan lalukan di bawah air paip.  Ketepikan dulu.

3.  Di dalam periuk yang lain, satukan air dan santan pekat, masukkan sekali air gula merah yang sudah ditapis tadi dan gula pasir.  Masak sehingga hampir mendidih.

4.  Masukkan pisang tadi, sagu biji dan daun pandan, gaul sebati.  Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah....biarkan mendidih.  (Sekiranya kurang manis bolehlah ditambah gula pasir sedikit).  Setelah siap, tutup api dan bolehlah dihidangkan.

CRANBERRY RAISIN YOGURT MUFFINS








CRANBERRY RAISIN YOGURT MUFFINS
adapted from  :  Juast as Delish..
tried by  :   zaralovebaking...




Ingredients :

      1  cup  plain yogurt
      1  large  egg - lightly beaten
   1/4  cup  olive oil
   1/2  tsp  pure vanilla extract
      2  cups  all-purpose flour
   1/2  cup  raw sugar
      1  tsp  baking powder
   1/2  tsp  baking soda
   1/4  tsp  salt
      1  cup  dried cranberries
   1/4  cup  raisins


Method :

1.  Preheat oven to 375'F/190'C.  Line muffin tray with paper liners.  Set aside.

2.  With an electric/hand mixer, whisk together yogurt, egg, oil and vanilla extract in a bowl for 2 minutes.

3.  In another bowl, sift flour, sugar, baking powder, baking soda and salt.  Take 1 teaspoon of dry ingredients, mix and toss with the cranberries and raisins.

4.  With a rubber spatula, fold wet ingredients into dry ingredients and stir only until ingredients are well combined.  Gently stir in the cranberries and raisins.  (Do not over mix the batter or tough muffins will result).

5.  Evenly fill liners with batter 2 spoons, until 2/3 full.  Bake for 15-20 minutes until cooked.

(Yields :  17 pcs)

Saturday, September 5, 2015

TEMPAHAN



 5/9/2015 (Sabtu)  -  Apam B Solo berintikan kelapa sebanyak 150 biji tempahan dari Pn. Jaja (my regular customer), terima kasih...


Friday, September 4, 2015

KUIH BADAK BERENDAM









KUIH BADAK BERENDAM




Bahan Inti :

150  gm  kelapa parut putih
  50  gm  gula Melaka/merah
100  ml   air
  40  gm  gula pasir
    1  helai  daun pandan  -  disimpul


Bahan Doh :

300  gm  tepung pulut putih
280  ml   air
Garam secukup rasa
Pandan emulco & pewarna hijau secukupnya


Bahan Kuah :

400  ml   santan
125  ml   air
    2  sudu besar  tepung beras
    2  helai  daun pandan  -  disimpul
  80  gm  gula pasir
Garam secukup rasa


Cara Membuat :

Inti  :  Kacau semua bahan hingga agak kering.  Angkat dan biarkan sejuk.

Kuah :  Campurkan santan, air, tepung beras, daun pandan, gula dan garam, kacau sebati dan tidak berbintil.  Masak hingga mendidih.  Ketepikan.  (Buat yang ni dulu).

Doh :  Gaul tepung pulut putih dan garam.  Masukkan pandan emulco, pewarna hijau secukupnya, air dan uli hingga menjadi doh.  (Air tidak perlu dihabiskan jika doh sudah tidak melekat dijari).  Bentukkan sedikit adunan doh menjadi bulat, isikan dengan inti kelapa.  Bulatkan semula dan buat hingga kesemua adunan doh habis.
     Didihkan air dan masukkan bebola berinti tadi.  Bila timbul dipermukaan, angkat.  Letakkan ke dalam kuahnya.

Info  :  Boleh juga menggunakan pes kacang merah sebagai inti...sedap juga, satu kelainan.