Sunday, September 6, 2015
PENGAT PISANG BERSAGU
PENGAT PISANG BERSAGU
sumber : yatiememories; thanks...
tried : zaralovebaking..
Bahan-bahan :
3 biji pisang tanduk
1/2 cawan sagu biji - cuci & rendamkan dalam 3 minit (x letak)
Air secukupnya untuk merebus pisang dan sagu
Bahan Kuah :
1 cawan santan pekat
2 cawan air
3 sudu besar gula merah + 1/2 cawan air, gaul rata dan tapiskan
1/4 cawan gula pasir
2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara :
1. Buangkan kulit pisang dan hiris serong. Rebus pisang tanduk hingga separuh masak. Bila dah empuk, angkat dan toskan. Jangan direbus lama sangat nanti tidak cantik pisangnya.
2. Sementara itu, di dalam periuk lain, didihkan air dan masukkan sagu biji yang telah direndamkan tadi. Masak hingga jerni semuanya. Setelah siap, tapiskan dan lalukan di bawah air paip. Ketepikan dulu.
3. Di dalam periuk yang lain, satukan air dan santan pekat, masukkan sekali air gula merah yang sudah ditapis tadi dan gula pasir. Masak sehingga hampir mendidih.
4. Masukkan pisang tadi, sagu biji dan daun pandan, gaul sebati. Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah....biarkan mendidih. (Sekiranya kurang manis bolehlah ditambah gula pasir sedikit). Setelah siap, tutup api dan bolehlah dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment