Sunday, September 13, 2015
STICKY CARAMEL CHICKEN WINGS
STICKY CARAMEL CHICKEN WINGS
sumber : Majalah Aroma...
Bahan-bahan :
12 keping kepak ayam
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
1 sudu besar halia - dicincang
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
1/4 cawan madu (60 ml)
1/2 sudu besar serbuk lada hitam - tumbuk kasar
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan kepak ayam, kacau dan goreng selama 5 minit.
2. Masukkan kesemua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua kepak ayam masak dan keperangan (bersalut dengan sos).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment