yang ini dibuat menggunakan 1/2 adunan dari resipi dibawah...
(sangat sedap & lembut)
KEK OREN KRANBERI KUNING & KISMIS KUNING GEBU
buku : Jamuan Kek - Chef Zubaidah...
Bahan-bahan :
250 gm mentega
200 gm gula kastor
1 biji buah oren (parutkan kulitnya)
1 sudu teh emulco oren
4 biji telur gred B
225 gm tepung naik sendiri
70 gm tepung gandum
50 gm susu cair
1 cawan kranberi kering & kismis kuning - dicincang sedikit (tambahan)
Cara-cara :
1. Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu demi satu. Kemudian masukkan emulco oren, pukul sebati.
3. Masukkan tepung naik sendiri dan tepung gandum, kaupbalikkan sehingga rata.
4. Akhir sekali masukkan parutan kulit oren, campuran cranberry kering dan kismis kuning dan susu cair. Kacau sehingga sebati.
5. Tuangkan adunan ke dalam acuan bersaiz 8 inci bulat/persegi, digris dan dialas kertas minyak dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 150'C selama 45 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment