Thursday, September 3, 2015
MUFIN LEMON
MUFIN LEMON
buku 'Aneka Rasa Mufin' - Norhayani Mohd Nor;
dicuba oleh : zaralovebaking; (sedap & lembut, manis sedang-sedang)...
Bahan-bahan :
130 gm tepung gandum
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
90 gm mentega tanpa garam
60 gm gula kastor
1 biji telur gred 'B'
40 ml susu segar
secubit garam
1 1/2 sudu besar jus lemon
parutan kulit lemon (dari 1 biji)
Cara-cara :
1. Panaskan ketuhar sehingga 170'C. Ayakkan tepung dan serbuk penaik. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk lain, pukul mentega sehingga menjadi krim. Masukkan gula sedikit demi sedikit, pukul sehingga putih.
3. Masukkan garam, telur, parutan kulit lemon dan jus lemon, kacau sebati.
4. Masukkan 1/3 daripada bahan yang diayak tadi, kacau sedikit. Kemudian masukkan 1/2 susu segar, kacau rata.
5. Ulangi proses no.4 sehingga tepung dan susu habis.
6. Isikan adunan ke dalam cawan kertas lebih kurang 2/3 penuh.
7. Masukkan ke dalam ketuhar. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga masak.
(Yields : 10 biji)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment