Sunday, November 15, 2015
KEK MINYAK
KEK MINYAK
rujukan : Teratak Mutiara Kasih @ LinaPg; thanks...
Bahan-bahan :
5 biji telur gred A/B
1/2 cawan gula kastor (resipi asal 3/4 cawan)
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 cawan susu pekat manis (atau 3/4 cawan)
1 sudu besar ovallet
1 cawan minyak masak
1 sudu teh esen vanilla
Perasa nenas/pisang atau ikut pilihan
Pewarna pilihan
Loyang/acuan : 8"x8"/9 inci
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 170'C.
2. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan sebentar.
3. Lenser loyang 9 inci dengan sedikit mentega, alaskan dengan kertas serap minyak.
4. Pukul telur bersama gula, ovallet sehingga kembang.
5. Masukkan susu pekat manis dan esen vanilla. Pukul lagi sekejap.
6. Masukkan minyak dan perasa sambil dipukul lagi tetapi hanya sekadar bergaul rata.
7. Akhir sekali masukkan tepung, gaul rata. Selepas itu bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan setiap bahagian mengikut pilihan.
8. Tuangkan ke dalam loyang secara berselang-seli sehingga kesemua adunan berwarna habis.
9. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak menggunakan api atas dan bawah. Biarkan sejuk barulah dipotong dan dihidangkan...
Labels:
Kek
APAM B SOLO!!!!
15/11/2015 (Ahad) - Tempahan Apam B Solo berintikan kelapa
sebanyak 150 pcs dari Pn Jaja, terima kasih..
Labels:
Tempahan
KRIM PAF
KRIM PAF KASTARD OREN
buku 'Belajar Memasak2 Langkah Demi Langkah'
- Norzailina Nordin
Bahan-bahan :
65 gm tepung gandum
Secubit garam
50 gm mentega
150 ml air
2 biji telur gred A (dipukul sedikit)
Bahan Kastard :
350 ml susu segar
150 ml krim putar
70 gm gula kastor
50 gm tepung kastad
1 sudu teh pewarna oren (saya tambah)
3 sudu teh perisa oren Sunquick (saya tambah)
Cara-cara :
1. Jerang air dan mentega. Kacau atas api perlahan.
2. Bila mentega car, kuatkan api. Biarkan mendidih kuat selama 1 minit.
3. Satukan garam dan tepung gandum. Tuangkan tepung gandum ke dalam periuk berisi mentega.
4. Padamkan api dan kacau sehingga menjadi adunan yang sebati.
5. Bila adunan suam, masukkan sedikit demi sedikit telur. Kacau sehingga rata dan sebati.
6. Isikan adunan ke dalam beg paiping dengan nozzle bentuk bintang.
7. Picitkan ke atas dulang pembakar berlenser marjerin, berjarak 5 sm.
8. Renjiskan/spray sedikit air ke atasnya sebelum dimasukkan ke dalam oven tujuan membantu krim paf masak sekata dengan cantik.
9. Bakar pada suhu 210'C selama 25 minit. Kemudian keluarkan dari oven, cucuk dengan hujung pisau dan bakar lagi 5 minit. Ketepikan.
Inti Kastard :
1. Campurkan tepung kastad dan gula kastor.
2. Tuangkan susu segar dan sedikit pewarna oren, dikacau sebati.
3. Kacau atas api perlahan sehingga pekat, masukkan perisa oren Sunquick, kacau sebati. Biarkan sejuk.
4. Putar krim sehingga kental. Satukan dengan kastard tadi.
5. Picitkan ke dalam krim paf. Sedia untuk dihidangkan, enak juga dihidangkan sejuk...
Labels:
Creme Puff
Saturday, November 14, 2015
NASI HUJAN PANAS
NASI HUJAN PANAS
rujukan : Dapur Tanpa Sempadan; thanks....
Bahan-bahan :
4 cawan beras basmathi (cuci bersih, rendam 30 minit & toskan)
5 cawan air (atau air rebusan ayam)
1 cawan susu sejat IDEAL
2 helai daun pandan (disimpul)
1 inci halia (hiris)
3 ulas bawang putih (titik)
1 biji bawang besar (hiris)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu makan penuh minyak sapi (atau mentega)
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna merah, hijau & kuning
Bahan Hiasan :
Hirisan daun sup/bawang
Gajus goreng, bawang goreng, kismis & kacang pis
Cara Penyediaan :
Panaskan minyak sapi dalam kuali. Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga sehingga harum. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan daun pandan. Tumiskan sehingga layu dan wangi. Masukkan beras dan kacau rata. Goreng beras tadi selama 1 minit. Matikan api.
Alihkan beras ke dalam periuk nasi elektrik. Tuangkan air dan susu sejat, garam secukup rasa dan gaul rata. Masak nasi seperti biasa. Bila nasi hampir kering, buatkan beberapa lubang dan letakkan warna-warna berbeza. Biarkan sekejap, bila nasi masak matikan suis.
Taburkan kismis dan gajus (tinggalkan sedikit untuk hiasan), guna chopstick, gemburkan nasi tadi sehingga menjadi berwarna-warni. Berhati-hati agar nasi tidak patah. Biarkan sekejap. Taburkan dengan baki kismis, gajus dan juga hirisan daun sup/bawang, kacang pis dan bawang goreng...
Labels:
Nasi
CHOCOLATE CHIFFON CAKE
CHOCOLATE CHIFFON CAKE
cookbook : Chiffon cake is done - Kevin Chai...
Egg yolk batter :
70 gm cooking chocolate - chopped
150 ml milk
60 ml cooking oil
6 egg yolks grade B
1 tsp chocolate emulco
110 gm plain flour
20 gm cocoa powder
1/4 tsp bicarbonate of soda
Egg white foam :
6 egg whites grade B
1/2 tsp cream of tartar
150 gm caster sugar
Method :
1. To make egg yolk batter : melt cooking chocolate and milk over simmering water. Combine with oil, egg yolks and chocolate emulco in a mixing bowl.
2. Fold in flour, cocoa powder and bicarbonate of soda until it forms into a batter. Set aside.
3. To make egg white foam : beat egg whites and cream of tartar until mixture forms soft peaks. Gradually add in sugar, beating at high speed until frothy and stiff peaks form.
4. Gently fold beaten egg white foam into egg yolk batter in three batches with a spatula until well blended.
5. Pour batter into ungreased 9-inch/22 cm tube pan. Bake in preheated oven at 170'C for about 30-40 minutes or until cooked.
6. Remove from oven, invert cake onto table until completely cooled. Once cooled unmould...
Labels:
Chiffon cake
Subscribe to:
Posts (Atom)