KEK PISANG

Sunday, November 15, 2015

KEK MINYAK









KEK MINYAK
rujukan   :   Teratak Mutiara Kasih @ LinaPg; thanks...




Bahan-bahan :

   5  biji  telur gred A/B
1/2  cawan  gula kastor  (resipi asal 3/4 cawan)
   2  cawan  tepung gandum
   1  sudu teh  baking powder
   1  cawan  susu pekat manis  (atau 3/4 cawan)
   1  sudu besar  ovallet
   1  cawan  minyak masak
   1  sudu teh  esen vanilla
Perasa nenas/pisang atau ikut pilihan
Pewarna pilihan

Loyang/acuan :     8"x8"/9 inci


Cara-cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 170'C.
2.  Ayak tepung bersama baking powder.  Ketepikan sebentar.
3.  Lenser loyang 9 inci dengan sedikit mentega, alaskan dengan kertas serap minyak.
4.  Pukul telur bersama gula, ovallet sehingga kembang.
5.  Masukkan susu pekat manis dan esen vanilla.  Pukul lagi sekejap.
6.  Masukkan minyak dan perasa sambil dipukul lagi tetapi hanya sekadar bergaul rata.
7.  Akhir sekali masukkan tepung, gaul rata.  Selepas itu bahagikan adunan kepada 3 bahagian.  Warnakan setiap bahagian mengikut pilihan.
8.  Tuangkan ke dalam loyang secara berselang-seli sehingga kesemua adunan berwarna habis.
9.  Bakar selama 40 minit atau sehingga masak menggunakan api atas dan bawah.  Biarkan sejuk barulah dipotong dan dihidangkan...

No comments:

Post a Comment