APOM KASTARD
sumber : citarasawan; thanks (sangat sedap & lembut)..
Bahan-bahan :
2 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan gula kastor
1 biji telur (saya guna gred A)
2 sudu kecil yis segera
1 sudu kecil pewarna kuning
1 1/2 cawan susu segar (tambahkan 1/2 cawan air jika adunan pekat, agak-agak seperti adunan pankek/dadar tetapi jangan terlalu cair)
1 sudu besar marjerin - dicairkan
Bahan Inti Kastard :
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung kastad
1/2 cawan gula kastor
1 1/2 cawan air
1 sudu kecil pewarna kuning (jika suka)
Cara-cara :
1. Pukul telur bersama gula sehingga kembang. Masukkan susu segar, gula, yis segera, marjerin cair dan pewarna kuning, gaulkan sehingga sebati.
2. Masukkan tepung, gaul rata dan kisarkan sekejap di dalam pengisar kemudian ditapis. Perapkan adunan selama 1-2 jam (lebih lama lebih baik) sehingga adunan kelihatan berbuih.
3. Tuangkan 1 sendok adunan kemudian ratakan dan masak di atas non-stick pan tanpa menggunakan minyak. Masak dengan api yang kecil. Tutup kuali dengan penutup. Adunan cepat masak jadi jangan biarkan terlalu lama nanti cepat hangus. Terbalikkan dan masak sekejap saja.
4. Apabila adunan sudah masak, angkat dan letakkan 1 sudu besar inti ditengahnya. Lipat separa bulatan.
5. Untuk inti : Satukan kesemua bahan inti kastard kemudian ditapis. Masak di dalam periuk di atas api sederhana sehingga kental dan berkilat. Tutup api, sejukkan seketika dan sedia untuk digunakan.
6. Apom akan menjadi semakin lembut apabila sejuk. Inti boleh digantikan dengan jagung cream atau inti kaya.
(yields : 16 keping)
Salted Caramel Sauce
No comments:
Post a Comment