Sangat sedap bila drizzle atas kek...
SALTED CARAMEL
rujukan : DapurTanpaSempadan; thanks...
Bahan-bahan :
200 gm gula pasir
6 camca besar mentega
200 ml whipping cream
1/2 camca teh garam
Cara-cara :
Masukkan gula pasir ke dalam periuk, panaskan dengan api sederhana sehingga gula cair dan menjadi perang. Pastikan jangan sampai hangus, nanti pahit. Setelah gula bertukar menjadi perang, masukkan mentega, kacau rata sehingga mentega cair. Kemudian dengan berhati-hati masukkan whipping cream sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Masak selama 1 minit dengan api kecil sambil sentiasa dikacau. Matikan api dan masukkan garam. Kacau rata dan biarkan sejuk sebelum digunakan (bila sejuk ia akan bertambah pekat). Simpan di dalam balang yang bersih.
No comments:
Post a Comment