Sunday, November 8, 2015
NASI MINYAK BUAH KURMA
NASI MINYAK BUAH KURMA
buku : Senangnya Memasak Nasi Chef Hanieliza...
Bahan A :
1 kg beras basmathi (cuci bersih, rendam selama 30 minit, toskan)
1 cawan buah kurma
1 liter air/air rebusan ayam
1 pokok daun ketumbar (dipotong pendek)
1/2 cawan susu cair
1 sudu makan pewarna kuning (dibancuh dengan 1/2 cawan air)
3 sudu makan minyak sapi
Garam secukup rasa
Bahan B : (Tumisan)
5 biji bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
8 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
5 tangkai daun kari
Cara Memasak :
1. Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit kemudian toskan.
2. Buangkan biji kurma dan potong kasar.
3. Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bahan B sehingga wangi.
4. Masukkan beras, gorengkan sebentar. Tutup api dan alihkan periuk ke dalam rice cooker.
5. Masukkan air dan garam. Biarkan mendidih seketika.
6. Masukkan buah kurma, daun ketumbar dan susu cair. Biarkan nasi masak seperti biasa.
7. Tuangkan bancuhan pewarna kuning ke atas nasi pada 3 tompok yang berasingan.
8. Masakkan lagi sehingga nasi cukup kering.
9. Gemburkan nasi perlahan-lahan dan sedia dihidangkan bersama lauk-pauk kegemaran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment