KEK PISANG

Thursday, November 5, 2015

PUDING ROTI


Akhirnya dapat juga ku beli acuan ni selepas puas mencari
di setiap kedai bakery...sebabnya ramai yang menayangnya
di FB..








PUDING ROTI
rujukan  :   kayumaniskorner563; thanks


Bahan-bahan :


      4  keping  roti  (dicarik-carik & dibakar sekejap)
    10  gm  serbuk agar-agar
      2  biji  telur 'B'
   1/2  cawan  susu pekat manis
   1/2  cawan  gula kastor
3 1/2  cawan  air
  170  ml  susu cair
      2  sudu makan  mentega  -  dicairkan
Pewarna pilihan


Cara-cara :

     Masukkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula di dalam periuk dan masak sehingga mendidih dan gula larut.  Blend/kisar roti, telur, susu pekat manis, susu cair dan baki 1/2 cawan air tadi sehingga halus, kemudian masukkan ke dalam periuk berisi agar-agar yang sedang mendidih.  Kacau-kacau masukkan mentega cair tadi, kacau rata sampai mendidih...tutup api.
     Bahagikan kepada 3 bahagian, satu bahagian dibiarkan kosong manakala 2 bahagian lagi letakkan pewarna pilihan setiap satu bahagian.  Tuangkan ke dalam loyang atau acuan kecil secara berselang-seli.  Sejukkan di dalam peti ais sebelum dipotong atau dihidangkan...



2 comments:

  1. Akak pun tengah mencari acuan tu Zara..
    Mana jumpa.. cantik bila buat puding rose ni..

    ReplyDelete
  2. Assalam Nur Hayati, acuan ni kak beli di TTDI Saujana, Kajang dan Best Mark Saujana Kajang..

    ReplyDelete