KEK PISANG

Sunday, November 1, 2015

KEK BUAH KUKUS







KEK BUAH KUKUS
rujukan  :   Hana, Cahaya Sheila...
c&p   :  Teratak Mutiara Kasih@LinaPg; thanks...



Bahan-bahan :

250  gm  mentega  (disaran menggunakan mentega berkualiti)
350  gm  gula pasir
  60  ml   air panas
500  gm  buah-buahan campuran  (saya letak anggaran 300 gm saja)
    3  biji  telur gred A
350  gm  tepung gandum*
    1  sudu teh  cream of tartar*
    2  sudu teh  soda bikarbonat*
    1  sudu teh  esen vanilla


Cara-cara :

1.  Masak gula pasir sehingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan.  Sebatikan.  Masukkan mentega sehingga mentega cair kemudian masukkan buah-buahan campuran.  Kacau sebati kemudian sejukkan.

2.  Ayak bahan-bahan yang bertanda (*).  Masukkan ke dalam adunan buah-buahan campuran tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.

3.  Dalam mangkuk lain, pukul telur dan esen vanilla sehingga kembang dan masukkan perlahan-lahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.

4.  Alaskan loyang bersaiz 7 inci x 7 inci dengan kertas baking.  Sapukan juga keliling loyang dengan mentega dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.  Tutup loyang dengan aluminium foil.  (saya guna loyang/plastik bersaiz 8"x8").

5.  Kukus selama 4 jam untuk mendapatkan kelembapan yang diingini.  (boleh dikukus selama 2 jam sahaja).

6.  Sejukkan kek sepenuhnya kemudian boleh dipotong.  (Pastikan kek benar-benar sejuk, sebaiknya semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).







No comments:

Post a Comment