Sunday, November 1, 2015
MUFFIN TELUR
MUFFIN TELUR
Majalah RASA Januari 2014...
Bahan-bahan :
4 biji telur
100 gm isi ayam - dihiris
100 gm sayur campuran - dikukus/dicelur terlebih dahulu
1 biji buah tomato - dibuang biji & dipotong dadu
1 biji bawang merah - dicincang
100 gm keju parut (saya guna keju cheddar)
50 gm daun bawang - dihiris halus
Garam & serbuk perasa secukupnya
Cara Memasak :
1. Satukan telur bersama kesemua bahan lain dan pukul hingga sebati.
2. Apabila sebati, tuangkan ke dalam bekas kecil/acuan muffin yang telah digriskan dengan sedikit mentega/minyak dan bakar sehingga masak pada suhu 170'C selama 20-25 minit bergantung pada oven masing-masing.
3. Sedia dinikmati bersama sos pilihan.
Info : Jika tidak sukakan sayur campuran, boleh sahaja memilih sayur kegemaran seperti lobak merah dll..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment