Sunday, November 1, 2015
BUNCIS/KACANG PANJANG MASAK PADANG
BUNCIS/KACANG PANJANG MASAK PADANG
Majalah SAJI Julai 2012 - Chef Hanieliza...
Bahan-bahan :
500 gm kacang buncis atau kacang panjang - potong pendek
300 gm udang segar - buang kulit
3 tangkai cili merah - belah dua
1 cawan santan pekat
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan Kisar :
10 tangkai cili padi
3 tangkai cili hijau
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
3 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan santan dan masak sehingga mendidih. Kacau sentiasa supaya santan tidak bergumpal.
3. Masukkan kacang buncis/kacang panjang, udang dan garam. Kacau rata.
4. Masukkan cili merah dan kacau lagi sehingga pekat. Tutup api & hidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment