bekalan untuk bawa balik ke asrama...
CHOCOLATE CHIP FUDGE CUPCAKES
sumber : Teratak Mutiara Kasih, LinaPg; thanks...
Bahan-bahan :
1 3/4 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor atau gula perang (saya guna gula perang)
1/4 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/3 cawan minyak masak atau minyak sayur
1 cawan susu segar/susu cair (saya guna susu segar)
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan chocolate chip
1 biji telur - saya guna gred A, dipukul sedikit
Cara-cara :
1. Panaskan oven atau kukusan. Susunkan mangkuk cupcakes.
2. Ayakkan tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder, sebatikan.
3. Masukkan gula, gaul sebati bersama bahan kering tadi.
4. Di dalam bekas lain, sebatikan telur, minyak, susu segar dan esen vanilla, kacau sebati.
5. Kemudian tuangkan ke dalam campuran tepung, gaul sebati. Jangan terlebih gaul.
6. Kemudian masukkan chocolate chip, gaul sebati dengan perlahan. Sudukan ke dalam cawan cupcakes 3/4 penuh. Hiaskan di atasnya dengan sedikit chocolate chip dan badam keping (jika suka).
7. Kukus atau bakar sehingga masak. Kukus selama 20-25 minit atau jika bakar suhu 170'C selama 20 minit atau sehingga masak sepenuhnya, (saya bakar saja)...
(yields : 17 pcs saiz 2.5 oz papercup keras)
No comments:
Post a Comment