PAVLOVA ANNA OLSON
rujukan : citarasawan; thanks....
Bahan-bahan :
4 biji putih telur gred A or B
1 sudu teh cream of tartar
1 cawan gula kastor
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh cuka masakan
Bahan Cream :
1 cawan UHT whipping cream
2 sudu besar gula kastor
Hiasan :
Buah-buahan segar (strawberry, kiwi, anggur dll)/ikut pilihan..
Cara-cara :
1. Pukul putih telur dan cream of tartar hingga berbuih. Masukkan gula dan pukul dengan kelajuan tinggi selama 8 minit sehingga kental, kelihatan berkilat.
2. Perlahankan mixer, masukkan tepung jagung dan cuka masakan, pukul sebentar sehingga rata saja.
3. Buatkan lakaran bulat 10 inci di atas kertas serap minyak. Sudukan adunan dan ratakan memenuhi lakaran dan bahagian keliling tepinya sedikit tinggi. (saya buat dalam bentuk mini pavlova)..
4. Bakar di rak tengah dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 120'C selama 30-40 minit guna api atas dan bawah. Bila pavlova nampak pucat dan sedikit perang, tutup suis oven dan biarkan pavlova mengering di dalamnya selama 30 minit.
5. Pukul whipping cream sehingga pekat, masukkan gula dan gaul rata. Paipkan cream di atas pavlova dan hiaskan dengan buah-buahan segar ikut pilihan masing-masing...
Meringue cookies - baki dari adunan Pavlova...
No comments:
Post a Comment