KEK PISANG

Friday, November 13, 2015

ROTI JALA & SERAWA DURIAN







ROTI JALA & SERAWA DURIAN
Oleh   :    zaralovebaking....



Bahan-bahan :

   2  cawan  tepung gandum
1/2  sudu teh  baking powder
   1  cawan  susu segar
   1  cawan  air
   1  biji  telur gred B
   1  sudu makan  minyak jagung atau minyak masak
Sedikit pandan emulco
Secubit garam
Pewarna hijau  (jangan banyak nanti tak sedap - saya terlebih sikit)


Cara-cara :

     Campurkan kesemua bahan, kacau sehingga sebati.  Blend atau tapis sehingga halus.  Selepas itu boleh lah menjala.  Buat sehingga siap...hidangkan bersama Serawa Durian atau sedap juga dihidangkan bersama kuah kari...


Bahan Serawa Durian :

   1  cawan  isi durian  (saya guna puri durian yang dibeli di kedai bakery)
   2  cawan  santan sederhana pekat
1/2  cawan  air 
   1  helai  daun pandan  (disimpul)
Gula Melaka/gula merah/gula pasir secukupnya atau ikut kemanisan yang diingini


Cara-cara :

     Satukan kesemua bahan di dalam periuk dan masak sehingga mendidih.  Siap untuk dihidangkan...

No comments:

Post a Comment