Tuesday, November 10, 2015
MAKARONI BAKAR ALA JOHOR
MAKARONI BAKAR ALA JOHOR
sumber : Dapur Tanpa Sempadan; thanks...
C&P : yatiememories...
Bahan-bahan :
1 cawan makaroni kecil - direbus sehingga lembut & ditoskan
2 batang sosej - didadu kecil
1 tin kecil baked beans - jenama cap Ayam
1 biji bawang Holland saiz sederhana - didadu kecil
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 tangkai cili merah - buang biji dan dadu kecil kecil
1 tangkai cili hijau - buang biji dan dadu kecil
1/2 sudu besar rempah beriani/kurma BABAS
1/2 sudu besar rempah kari daging BABAS
3 sudu besar minyak zaitun
Garam secukup rasa
Parutan keju Mozarella secukupnya
Sos cili untuk dimakan bersama makaroni bakar
Bahan-bahan Kastad :
4 biji telur gred A
100 ml susu rendah lemak/susu cair
1/2 camca teh lada hitam yang ditumbuk kasar
1/4 camca teh garam
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang Holland dan bawang putih sehingga harum. Masukkan rempah kari dan rempah kurma, kacau rata dan masak sekejap. Gunakan api kecil.
2. Tuangkan baked beans, hirisan sosej, gaul rata dan masukkan makaroni, kacau rata. Tambahkan garam secukup rasa dan masukkan cili merah dan cili hijau. Gaul dan masak sekejap, rasa dan jika 'ok' bolehlah di tutup api. Biarkan sejuk sebentar.
3. Panaskan oven pada suhu 180'C, lenser acuan muffin dengan sedikit mentega (acuan muffin berkapasiti 1/2 cawan). Di dalam satu bekas yang lain, masukkan telur, susu rendah lemak, lada hitam dan garam, kacau rata dan ketepikan dulu.
4. Sudukan makaroni yang telah siap dimasak tadi ke dalam acuan muffin hingga penuh. Kemudian tuangkan perlahan-lahan bancuhan telur hingga penuh, buat sehingga siap. Taburkan sedikit parutan keju di atasnya dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak sepenuhnya. Hidangkan bersama sos cili....
Labels:
Noodles/Pasta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment