KEK PISANG

Sunday, December 20, 2015

Tempahan...




20/12/2015 (Ahad) -  Tempahan Apam B Solo berintikan kelapa
sebanya 100 pcs dari Pn. Jaja, terima kasih...

Saturday, December 19, 2015

CUCUR KEMBONG MANIS









CUCUR KEMBONG MANIS
sumber   :    Aznie Cake House/FB-MAHN...




Bahan-bahan :

   3  cawan  tepung gandum
   3  cawan  air panas  (pastikan betul-betul panas...yang baru masak)
1/2  cawan  susu pekat manis
Secubit garam


Cara-cara :

     Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.  Bila sudah kurang panas bolehlah digaul menggunakan tangan.  Adunan akan menjadi seperti doh  (macam buat kuih keria, melekit kat tangan).
     Semasa hendak menggoreng, celupkan tangan dalam sedikit air selepas itu ambil adunan ikut saiz yang diingini, kepal-kepal sedikit bagi bulat kemudian goreng di dalam minyak yang telah dipanaskan terlebih dulu sehingga kekuningan.  Angkat dan toskan minyaknya.  Siap untuk dihidangkan!!!

Thursday, December 17, 2015

KEK KEJU KAPAS@ COTTON CHEESECAKE










KEK KEJU KAPAS@ COTTON CHEESECAKE
cookbook  :   Panduan Membuat Kek  -  Noraini Zakaria...




Bahan A :

250  gm  krim keju  -  dipotong kecil
  50  gm  mentega
  80  gm  gula kastor
 1/2  sudu teh  emulco lemon
  80  gm  tepung superfine
    6  biji  kuning telur gred B
130  gm  yogurt perisa asli
100  gm  susu UHT (dalam kotak)


Bahan B :

  80  gm  gula kastor
    6  biji  putih telur gred B
 1/4  sudu teh  serbuk krim tartar
200  gm  inti blueberi atau ikut citarasa  -  untuk hiasan


Cara-cara :

1.    Satukan krim keju, mentega, gula kastor dan susu UHT dalam periuk.
2.    Cairkan adunan secara "double-boiler".  Kacau dengan pemukul telur (whisk) hingga sebati dan larut.
3.    A, B & C :  Masukkan kuning telur, yogurt dan emulco lemon.
4.    Kacau hingga sebati dan pekat.
5.    Dalam bekas berasingan, putar putih telur hingga berbuih kasar.
6.    Masukkan gula (dari bahan B) dan serbuk krim tartar. 
7.    Putar lagi dengan kelajuan tinggi hingga gebu dan kental.
8.    Setelah itu, pindahkan adunan keju yang telah sejuk dalam mangkuk lebih besar.
9.    Masukkan tepung dan gaul sebati (kaedah kaupbalik) sebentar sahaja.
10 . Masukkan adunan putih telur sedikit demi sedikit secara kaupbalik.
11 . Gaul perlahan-lahan hingga sebati.  Tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan.
12.  Bakar secara "water-bath" atau "steam-bake" pada suhu 160'C selama 1 1/2 jam atau hingga masak.  Setelah sejuk, keluarkan kek dari acuan dan hias dengan inti blueberi di atas kek.


Nota :

1.  Griskan acuan bulat 10 inci dan lapik kertas serap minyak.
2.  Panaskan ketuhar pada suhu 160'C terlebih dahulu.
3.  Asingkan sedikit adunan dan warnakan ikut pilihan.  Baki tuangkan ke dalam loyang.  Tuangkan adunan berwarna secara bertompok di atasnya dan lorekkan untuk mendapatkan corak marble (jika suka)..

KUIH SAGU@BRONOK








KUIH SAGU@BRONOK
Oleh   :   zaralovebaking.blogspot.com...




Bahan-bahan :

   3  cawan  air
   1  cawan  sagu biji warna hijau
3/4  cawan  gula pasir
   1  helai  daun pandan  -  disimpulkan

Hiasan  :  kelapa parut putih + sedikit garam = gaul sebati


Cara-cara :

1.  Didihkan air bersama daun pandan sehingga mendidih.  Bila air telah mendidih keluarkan daun pandan baru masukkan sagu biji.  Kacau rata selama 10 minit.

2.  Kemudian bila sudah nampak pekat sedikit, baru masukkan gula pasir.  Kacau sehingga pekat.

3.  Bila sudah pekat, masukkan ke dalam loyang bersaiz 8 inci dan kukus sehingga sagu biji kembang dan tiada lagi putih-putih sagu biji  (anggaran  20-30 minit).

4.  Sejukkan sagu diluar.  Bila kuih masih lembap, potong dan gaulkan bersama kelapa...

Sunday, December 13, 2015

AYAM MASAK KERUTUB







AYAM MASAK KERUTUB
sumber   :    Azie Kitchen (sangat sedap); thanks...




Bahan-bahan :

1  ekor  ayam  -  dipotong ikut suka


Bahan Kisar :

2  labu  bawang besar
3  ulas  bawang putih
Sedikit halia


Bahan Lain :

4  sudu besar penuh  rempah kerutub
5  ulas  bawang merah  -  hiris
2  ulas  bawang putih  -  hiris
1  batang  serai  -  dititik
Asam keping
Sedikit kerisik
Kulit kayu manis, bunga lawang untuk menumis
Garam dan gula
Santan  (boleh guna 1 atau 2 kotak)


Cara Memasak :

     Panaskan minyak, masukkan bahan penumis, bahan yang dihiris dan bahan yang dikisar.  Tumis sehingga wangi dan kering.  (Boleh juga jika semua bahan dikisar sahaja tanpa dihiris).
     Masukkan rempah kerutub yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata dan masukkan ayam serta sedikit santan.  Masak dengan api perlahan sehingga air ayam kering dan santan naik minyak.
     Masukkan serai dan santan selebihnya, kerisik, asam keping, garam dan gula.  (Gula mesti lebih kerana kerutub mesti rasa manis sedikit).  Sesuaikan kepekatan, rasanya dan angkat.
     Masakan kerutub berwarna gelap dan berkuah agak pekat.