Thursday, December 17, 2015
KEK KEJU KAPAS@ COTTON CHEESECAKE
KEK KEJU KAPAS@ COTTON CHEESECAKE
cookbook : Panduan Membuat Kek - Noraini Zakaria...
Bahan A :
250 gm krim keju - dipotong kecil
50 gm mentega
80 gm gula kastor
1/2 sudu teh emulco lemon
80 gm tepung superfine
6 biji kuning telur gred B
130 gm yogurt perisa asli
100 gm susu UHT (dalam kotak)
Bahan B :
80 gm gula kastor
6 biji putih telur gred B
1/4 sudu teh serbuk krim tartar
200 gm inti blueberi atau ikut citarasa - untuk hiasan
Cara-cara :
1. Satukan krim keju, mentega, gula kastor dan susu UHT dalam periuk.
2. Cairkan adunan secara "double-boiler". Kacau dengan pemukul telur (whisk) hingga sebati dan larut.
3. A, B & C : Masukkan kuning telur, yogurt dan emulco lemon.
4. Kacau hingga sebati dan pekat.
5. Dalam bekas berasingan, putar putih telur hingga berbuih kasar.
6. Masukkan gula (dari bahan B) dan serbuk krim tartar.
7. Putar lagi dengan kelajuan tinggi hingga gebu dan kental.
8. Setelah itu, pindahkan adunan keju yang telah sejuk dalam mangkuk lebih besar.
9. Masukkan tepung dan gaul sebati (kaedah kaupbalik) sebentar sahaja.
10 . Masukkan adunan putih telur sedikit demi sedikit secara kaupbalik.
11 . Gaul perlahan-lahan hingga sebati. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan.
12. Bakar secara "water-bath" atau "steam-bake" pada suhu 160'C selama 1 1/2 jam atau hingga masak. Setelah sejuk, keluarkan kek dari acuan dan hias dengan inti blueberi di atas kek.
Nota :
1. Griskan acuan bulat 10 inci dan lapik kertas serap minyak.
2. Panaskan ketuhar pada suhu 160'C terlebih dahulu.
3. Asingkan sedikit adunan dan warnakan ikut pilihan. Baki tuangkan ke dalam loyang. Tuangkan adunan berwarna secara bertompok di atasnya dan lorekkan untuk mendapatkan corak marble (jika suka)..
Labels:
Cheesecake
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment