sedap juga dimakan bersama aiskrim..
PENGAT PISANG BERSAGU
Oleh : zaralovebaking...
Bahan-bahan :
2 biji pisang abu - dipotong bulat/serong & direbus sebentar hingga agak lembut sedikit
1 keping gula kabung/gula merah
1/2 cawan gula pasir (ikut kemanisan masing-masing)
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1/4 cawan sagu biji - cuci, rendam sebentar & toskan
2 helai daun pandan - disimpul
Sedikit garam - untuk melemakkan rasanya
Cara-cara :
1. Buang kulit pisang dan hiris bulat/serong atau ikut suka. Rebus pisang hingga separuh masak. Bila dah empuk, angkat dan toskan. Jangan rebus lama sangat nanti tidak cantik pisangnya.
2. Daun pandan di siat-siat kemudian disimpul.
3. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali pisang dan sagu biji.
4. Masak dengan api perlahan, sentiasalah dikacau perlahan-lahan sehingga mendidih.
5. Akhir sekali masukkan sagu biji dan pisang, gaul sebati.
6. Sentiasa digaul agar santan tidak pecah, biarkan mendidih seketika dan tutup api.
7. Hidangkan!!
No comments:
Post a Comment