sangat enak dimakan bersama ais krim vanilla atau ais krim buah-buahan...
KEK EPAL KRIM COKLAT
sumber : Majalah Sedap Mei 2013; (sangat sedap & lembap)...
Bahan epal :
250 gm epal, dipotong dadu (saya guna epal hijau)
1 sudu makan mentega tawar
2 sudu makan gula pasir
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh air perahan lemon
Bahan kek :
100 gm mentega tawar
50 gm marjerin
250 gm coklat masakan hitam, dipotong
4 biji telur gred A/B (saya guna gred A)
150 gm gula pasir/gula kastor
85 gm tepung gandum
30 gm serbuk koko
50 gm krim pekat @ whipping cream
1/2 sudu teh serbuk penaik
Bahan taburan :
25 gm hirisan badam
Cara membuat :
1. Panaskan mentega, gula pasir dan serbuk kayu manis sehingga gula larut. Masukkan potongan epal. Masak sambil dikacau sehingga pekat. Masukkan air perahan lemon, kacau rata dan tutup api, ketepikan.
2. Panaskan mentega dan marjerin. Masukkan potongan coklat. Kacau sehingga larut. Sejukkan.
3. Pukul telur dan gula sehingga pekat selama 3 minit. Masukkan campuran coklat sambil dipukul perlahan.
4. Masukkan tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik sambil diayak berselang-seli dengan krim. Kacau perlahan. Masukkan epal, kacau rata.
5. Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 22x22x4cm/9 inci yang telah disapu marjerin dan dilapik kertas kalis minyak. Taburkan hirisan badam di atas kek tadi.
6. Bakar dengan api bawah suhu ketuhar 180'C selama 35 minit sehingga masak.
No comments:
Post a Comment