20/12/2015 (Ahad) Hari ni genap cucu sulung saya Muhammad Zayin Asyraf dari anak kedua saya berusia 1 tahun. Maka sempena hari jadinya, saya membuat serba sedikit jamuan makan-makan bersama ahli keluarga, yang simple saja.
Nasi Mandy Ayam, Agar-Agar Gula Melaka & sebiji kek yang simple saja..
CHICKEN MANDY RICE
sumber : Azie Kitchen ; (sangat sedap - untuk 4 orang makan), thanks...
Bahan-bahan A :
4 cawan beras basmathi (cuci bersih, rendam 20 minit & toskan)
1/2 cawan minyak zaitun
2 labu bawang besar - potong dadu
5 ulas bawang putih - dimayang
1/2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 helai daun bay@daun salam
3 helai daun pandan - disimpul
1 ketul arang - dibakar hingga menjadi arang
Bahan-bahan B :
1 ekor ayam - dipotong 8 - cuci bersih & toskan
1/2 cm halia - diketuk atau dihiris kasar
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 helai daun salam@daun bay
1 sudu makan minyak masak
1 liter air (agak-agak ayam tenggelam)
Garam & gula secukup rasa
Cara Memasak :
Kesemua bahan-bahan B dididihkan di dalam periuk sehingga ayam masak. Angkat, keluarkan ayam dan toskan. Lumurkan ayam ini dengan minyak. Manakala air rebusannya disimpan untuk memasak nasi. Ketepikan.
Untuk Nasi : Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bahan-bahan tumisan (bawang besar, bawang putih) bersama 3 helai daun pandan dan bay leaf sehingga naik bau. Masukkan beras dan gorengkan seketika. Kemudian curahkan 5 cawan air rebusan ayam tadi. Kemudian pindahkan periuk ke dalam rice cooker.
Masak nasi sehingga kering kemudian susunkan ayam di atas nasi dan buatkan lubang ditengah-tengah nasi. Letakkan aluminium foil ditengah-tengah nasi. Masukkan minyak dan arang yang telah menjadi bara ke dalam aluminium tersebut. Tutup periuk nasi dengan kertas aluminium dan kemudiannya tutup dengan tudung periuk nasi supaya aroma asap terperangkap di dalam periuk.
Masak lagi nasi itu sehingga 5-10 minit atau sehingga nasi masak. Setelah itu angkat dan hidangkan bersama salsa.
SALSA
Bahan-bahan :
4 biji buah tomato - dipotong dadu
1 batang timun dibuang biji - dipotong dadu
1 labu bawang besar - dipotong dadu
2 tangkai cili merah - dimayang halus
2 tangkai cili hijau - dimayang halus
5 tangkai cili padi - dimayang halus
1 biji lemon - diperah & ambil jusnya
1 sudu makan minyak zaitun
Garam & gula secukup rasa
Cara-cara :
Campurkan kesemua bahan-bahan di atas. Gaul mesra di dalam satu mangkuk. Perasakan sehingga cukup rasa dan sedia untuk dihidangkan bersama Nasi Mandy.
No comments:
Post a Comment