KEK PISANG

Wednesday, December 2, 2015

APAM SUSU MAWAR








APAM SUSU MAWAR
sumber   :    Astini Cake/FB ; thanks....




Bahan-bahan :

4  biji  telur  gred A/B
1  sudu teh  esen vanilla
1  sudu besar  ovallatte
1  cawan  gula halus/kastor
4  sudu besar  susu pekat manis
2  cawan  tepung gandum Faiza atau ikut pilihan
Pewarna pilihan


Cara-cara :

1.  Putar sehingga kembang telur, ovallatte dan gula halus.
2.  Masukkan susu pekat manis, tepung, esen vanilla, gaul sebati.
3.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.  Satu bahagian dibiarkan warna asal dan 1 bahagian lagi letakkan pewarna pilihan.
4.  Masukkan adunan ke dalam acuan yang disapukan sedikit minyak (corak bunga rose kecil) berselang-seli.  Kukus sehingga masak (anggaran 20 minit).  Sejukkan dan keluarkan dari acuan.

No comments:

Post a Comment