Wednesday, December 23, 2015
NASI SERAI & KERABU TIMUN
NASI SERAI
sumber : yatiememories & chef hanieliza ; thanks...
Bahan-bahan :
4 cawan beras basmathi , cuci bersih, rendam selama 20 minit & toskan
6 cawan air
1 labu bawang besar - dipotong dadu kecil
3 ulas bawang putih - ditumbuk
2 helai daun pandan - disimpul
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
5 batang serai - dititik/ketuk
2 kiub pati ayam Maggi/Knorr
3 sudu makan minyak sapi
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk dan masukkan bawang besar dan daun pandan.
2. Gorengkan sehingga bawang layu dan wangi. Masukkan bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
3. Masukkan serai dan kacau lagi. Goreng lagi sehingga wangi dan masukkan beras.
4. Kacau-kacaukan sekejap dan masukkan air secukupnya.
5. Masukkan kiub pati ayam (hancurkan dulu) dan garam secukup rasa. Tutupkan dan alihkan periuk ke dalam rice cooker dan 'ON' kan switch rice cooker.
6. Kacaukan sedikit sehingga semua sebati dan masaklah sehingga nasi masak sepenuhnya.
7. Bila nasi dah masak, gemburkan sedikit menggunakan chopstick, jangan kacau lama-lama bagi mengelakkan nasi patah-patah.
KERABU TIMUN
Bahan-bahan :
2 biji timun - dihiris/sagat nipis
3 biji cili merah - dihiris
1 tin nenas dalam tin - buangkan airnya
1 biji bawang besar - dihiris bulat & leraikan
5 sudu teh cuka masakan
3 sudu teh gula pasir
1 sudu teh garam
Cara-cara :
Gaulkan kesemua bahan sehingga mesra dan sebati. Sedia untuk dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment