Thursday, December 24, 2015
SARDINE ROLL
SARDINE ROLL
sumber : MyBakingWorkshop; thanks...
Bahan-Bahan Inti :
30 gm sardin ayam brand - hancurkan sedikit dengan garfu
1 biji bawang besar saiz sederhana - cincang halus
1 biji bawang merah - cincang halus
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar gula
3 sudu besar air
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
Cara-cara :
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang merah sehingga naik bau. Masukkan sardin, gaul rata. Masukkan gula dan garam. Gaul rata. Akhir sekali, masukkan air dan masak sehingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk sebentar.
Bahan Lain :
10-12 keping roti putih dicanai sehingga nipis
1 biji telur, dipukul sedikit
Breadcrumbs secukupnya
Cara-cara :
1. Canai roti sehingga nipis supaya tidak mudah meresap minyak ketika menggoreng nanti.
2. Sapukan sedikit telur di hujung roti supaya mudah melekat bila digulung.
3. Letakkan sedikit inti sardin di sebelah hujung roti. Gulung kemas perlahan-lahan.
4. Celup gulungan roti ke dalam telur yang dipukul. Kemudian lumurkan pula ke dalam breadcrumbs.
5. Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyak. Hidangkan bersama-sama sos pilihan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment