Thursday, December 10, 2015
PUDING KASTAD BERKUAH
PUDING KASTAD BERKUAH
sumber : sariyusa ; thanks...
Bahan Puding :
1 cawan tepung kastad
1 cawan susu cair
4 cawan air
5 sudu besar gula pasir
Secubit garam
Cara-cara :
Masukkan kesemua bahan puding dalam kuali/periuk, kacau rata sehingga tepung kastad tidak berbintil dan gula agak larut di atas api sederhana (guna hand whisk untuk mengacau) sehingga pekat.
Bila adunan sudah mulai pekat, kecilkan api. Kacau terus sehingga adunan betul-betul pekat, berkilat dan meletup-letup. (Jika suka boleh diwarnakan adunan puding ini). Tutup api dan masukkan ke dalam acuan kecil yang comel-comel. Bila sudah sejuk, simpan di dalam peti sejuk.
Bahan Kuah Kastad :
sumber : syapek kitchen ; thanks...
1 tin susu cair IDEAL
1 tin air (guna tin susu cair untuk sukat air)
4 sudu besar gula pasir atau 4 sudu besar susu pekat manis
1 biji kuning telur (optional - saya tak letak)
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar tepung kastad (campur & bancuh dengan sedikit susu cair/air)
Cara-cara :
1. Masukkan kesemua bahan kuah ke dalam periuk.
2. Masak kuah sehingga gula larut dan kuah agak pekat sedikit..siap dan tutup api.
NOTA : Jika guna acuan coklat untuk puding ini, sebelum digunakan, basahkan acuan dengan air, jangan di lap kering, biarkan ada sedikit-sedikit air di dalam acuan untuk memudahkan puding keluar dari acuan..
Untuk lebih sedap, cedok buah-buahan koktel bersama jusnya sekali ketika menghidang..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment